MUDANYA IBU DAN AYAHKU
Sepasang suami isteri menerima sepucuk
Isi kandungan
”Hati saya bakal hancur apabila mengenangkan detik apabila saya pulang ke pangkuan keluarga kelak, ayah dan ibu akan menjadi tua.”
"Oleh itu saya sertakan sebotol cecair yang saya cipta.Ia akan menjadikan ayah dan ibu awet muda agar apabila saya pulang kelak, usia ayah dan ibu sama seperti saat saya berangkat.
"NOTA,ambil setitik sahaja"
Apabila pasangan muda itu membuka sampul surat , mereka melihat cecair berwarna merah ,si suami memandang isteri lalu berkata,"Awak cubalah dulu"
Setelah bertahun-tahun berlalu, anak itu pun pulang dan mendapati ibunya kekal muda dan jelita, malah...ibu nya mendukung seorang bayi di pelukannya.
Dengan gairah ,ibu itu bercerita bagaimana mujarabnya cecair itu. Anaknya gembira lalu bertanya
"Anakku sayang ,ayahmu terlalu cemburu melihatkan betapa muda dan jelita nya ibu sekarang sehinggakan dia meminum keseluruhan cecair di dalam botol itu,''
Anak nya pun bertanya ,"Jadi dimanakah ayah sekarang?"
Si ibu menjelaskan: “ini ha....yang ibu gendong inilah ayah mu nak.” : )
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2881.0
CUBAAN HAJI TEEPO
Al-kisah ada seorang ‘businessman’ yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, ‘dinner’ tiap-tiap malam (orang belanja of course), ‘exercise’ tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambahan pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. “Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Sajaaku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nadayang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkainkapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. : (
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2858.0
WASIAT TERAKHIR MAK TEMAH
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya
masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.
Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah
meminta pen dan kertas.
Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.
Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.
Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah
bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya.
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!" : 0
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=169.0
WAWANCARA PENGGEMBALA KAMBING
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dengan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa.. : )
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2804.0
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. : )
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan
Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan. : )
Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. : )
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan. : )
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2735.0
No comments:
Post a Comment