Wednesday, December 26, 2007

Kenduri di Rumah Hakim

Akh hakim dulunya pernah mengikuti program tarbiah remaja Trong tetapi tidak sempat lama. Kini Akh Hakim seorang tentera laut dan bakal belayar ke Lubnan tidak lama lagi. Kenduri ini diadakan sempena pemergiannya ke sana.

Monday, December 24, 2007

Menziarahi Ustaz Fadzlan

SABTU 22 Disember. Kami ke Hospital Taiping untuk menziarahi Ustaz Fadzlan di wad ICU. Begitu ramai para penziarah Ustaz Fadzlan dari kalangan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), kenalan dan kaum keluarga hingga menimbulkan kesesakan. Doktor terpaksa menghadkan masa selama 2 minit sahaja kepada setiap penziarah Ustaz Fadzlan. Memang luar biasa kehadiran pada petang itu.

-Ummu Musfirah

Ketua Perhubungan ISMA Perak Masuk Unit Penjagaan Rapi


Taiping 20.12.07 Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak ustaz Fazlan Shahidi dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi Hospital Besar Taiping hari ini selepas cedera parah di muka dan kepala ekoran kemalangan jalanraya melibatkan seekor lembu di Kampung Ulu Sepetang beberapa kilometer dari rumah beliau di Batu Kurau.

Mengikut sumber keluarga mangsa, Fazlan bersama isteri dan lima anaknya berlanggar dengan seekor lembu yang berkeliaran diatas jalan kira-kira jam 10.30 malam dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di daerah Selama.

Kereta Honda Accord yang dipandu Fazlan tidak dapat dikawal apabila lembu dikatakan muncul di satu selekoh dalam jarak yang terlalu dekat.

Kepala lembu dikatakan menghempap bahagian depan cermin kereta mengenai tepat pada muka Fazlan menyebabkan tulang hidung dan dua tulang rahang beliau patah dan pendarahan pada bahagian otak.

"Kami dapati ada tanduk lembu yang tercabut dalam kereta beliau", jelas ustaz Zul adik ipar Ust Fazlan.

Mengikut sumber Hospital Taiping beliau sedang menerima rawatan penstabilan untuk mengurangkan bengkak pada otak sebelum menjalani pembedahan seterusnya.

Isteri dan anak-anak beliau walaubagaimana pun hanya cedera ringan. Abidah anak sulong mangsa yang satu-satunya sedar masa kejadian berlaku masih berada dalam keadaan trauma.

sumber

Saturday, December 22, 2007

Ustaz Fadhlan Kemalangan

Ustaz Fadhlan (berbaju batik merah) ketika berhari raya kerumah Alexanderwathern.

Kami mendapat berita yang Ustaz Fadhlan mengalami kemalangan jalan raya di Selama, Perak. Ustaz dimasukkan ke wad ICU Hospital Taiping. Mari kita semua doakan kesembuhan Ustaz.

Thursday, December 20, 2007

Doa Rabitah

Doa ini disuburkan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwanul Muslimin. Ia menjadi amalan kami di Trong ini.


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu.”

“Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”

“Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu, dan matikanlah ia dalam syahid demi memperjuangkan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah ke atas Nabi kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.”

Sunday, December 16, 2007

Saudara Zulhisyam Kahwin


Hari ini 16 Dis 2007, saudara Zulhisham yang lebih dikenali dikalangan remaja sebagai 'Abang Sham' melangsungkan perkahwinannya dengan Norlily Mohamad. Abang Sham dikenali ramai kerana aktif dengan bola sepak dan salah seorang staf SMK Tat Beng, Trong.

*Tarikh pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Cikgu Sayuti Pindah

Petang 15 Disember 2007, Cikgu Sayuti sekeluarga bersama sebuah lori datang dari Kelantan. Pada malam itu juga mereka berkemas dan pulang ke sana. Turut membantu ialah Penghulu Tahir dan isteri, Cikgu Soffian dan isteri serta Cikgu Fauzi.

Sebenarnya sudah 7 tahun Cikgu Sayuti berkhidmat di Trong. Dia dikenali ramai kerana rajin bermian sepak takraw di sekitar kawasan Trong.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah tidak kira di mana saja kita berada.




*Tarikh yang tertera pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Saturday, December 8, 2007

Ustaz Firdaus Tahir Kembali ke Rahmatullah

Kita kehilangan seorang daie muda yang gigih- Ustaz Firdaus Tahir. Beliau terkena kanser sejak beberapa lama. Tengah hari tadi Ustaz Abu Hanis, Ustaz Alex dan Ustaz Dr. Abu Mujtahid menziarahi jenazah beliau di Kampung Manjoi, Ipoh. Ustaz Sharuzzaman, Ustaz Kasyfi dan daie-daie lain turut berziarah.

Allahyarham Ustaz Firdaus dulunya pernah menimba ilmu di India dan Mesir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Wednesday, December 5, 2007

Perkhemahan Rakan-rakan Kita di Tasik Chenderoh

Perjalanan dengan bot ke lokasi. Kelihatan Ustaz Fadhlan (berbaju hijau muda)


Indahnya alam milik Tuhan. Para peserta bersedia untuk 'jungle tracking' pada awal pagi.


Para peserta wanita


Peserta lelaki


Bakal peserta pada masa-masa akan datang. Anak Ustaz Fahmi dan anak Ustaz Alex.

Monday, December 3, 2007

Ke Mana Boleh Kita Halakan Wang Perokok?

Dalam salah satu program tarbiah remaja Trong, Ustaz Alexanderwathern meminta kumpulan remaja ini menyelesaikan tugasan berikut:

"Bayangkan yang para perokok di negara ini bercuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?"

Tugasan ini berpunca daripada petikan berita Utusan Malaysia di bawah:

“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu.
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.

Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka.
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok.

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok.
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang.
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.

Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.

Awang – Pernah jadi perokok.”


Hasilnya, mereka begitu bijak menggunakan wang ini. Berikut ialah gabungan idea mereka:

Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)

Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)

Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat

Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf

Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji

Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)

Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)

Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya

Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah

Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)

Menganjurkan pertandingan-pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah

Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen




Kenduri Rumah Cik (Puan) Badariah

Alhamdulillah. Pada hari ini satu lagi 'masjid' berjaya didirikan apabila salah seorang guru SMK Tat Beng mlangsungkan perkahwinannya di Kampung Kelubung, Trong. Banyak rakan remaja menghadiri majlis tersebut termasuklah beberapa orang ahli kumpulan kompang. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan pertambahan iman kepada kita semua khususnya kepada pasangan pengantin.