Monday, December 3, 2007

Ke Mana Boleh Kita Halakan Wang Perokok?

Dalam salah satu program tarbiah remaja Trong, Ustaz Alexanderwathern meminta kumpulan remaja ini menyelesaikan tugasan berikut:

"Bayangkan yang para perokok di negara ini bercuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?"

Tugasan ini berpunca daripada petikan berita Utusan Malaysia di bawah:

“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu.
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.

Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka.
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok.

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok.
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang.
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.

Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.

Awang – Pernah jadi perokok.”


Hasilnya, mereka begitu bijak menggunakan wang ini. Berikut ialah gabungan idea mereka:

Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)

Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)

Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat

Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf

Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji

Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)

Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)

Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya

Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah

Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)

Menganjurkan pertandingan-pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah

Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen




No comments: