Wednesday, December 26, 2007

Kenduri di Rumah Hakim

Akh hakim dulunya pernah mengikuti program tarbiah remaja Trong tetapi tidak sempat lama. Kini Akh Hakim seorang tentera laut dan bakal belayar ke Lubnan tidak lama lagi. Kenduri ini diadakan sempena pemergiannya ke sana.

Monday, December 24, 2007

Menziarahi Ustaz Fadzlan

SABTU 22 Disember. Kami ke Hospital Taiping untuk menziarahi Ustaz Fadzlan di wad ICU. Begitu ramai para penziarah Ustaz Fadzlan dari kalangan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), kenalan dan kaum keluarga hingga menimbulkan kesesakan. Doktor terpaksa menghadkan masa selama 2 minit sahaja kepada setiap penziarah Ustaz Fadzlan. Memang luar biasa kehadiran pada petang itu.

-Ummu Musfirah

Ketua Perhubungan ISMA Perak Masuk Unit Penjagaan Rapi


Taiping 20.12.07 Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak ustaz Fazlan Shahidi dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi Hospital Besar Taiping hari ini selepas cedera parah di muka dan kepala ekoran kemalangan jalanraya melibatkan seekor lembu di Kampung Ulu Sepetang beberapa kilometer dari rumah beliau di Batu Kurau.

Mengikut sumber keluarga mangsa, Fazlan bersama isteri dan lima anaknya berlanggar dengan seekor lembu yang berkeliaran diatas jalan kira-kira jam 10.30 malam dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di daerah Selama.

Kereta Honda Accord yang dipandu Fazlan tidak dapat dikawal apabila lembu dikatakan muncul di satu selekoh dalam jarak yang terlalu dekat.

Kepala lembu dikatakan menghempap bahagian depan cermin kereta mengenai tepat pada muka Fazlan menyebabkan tulang hidung dan dua tulang rahang beliau patah dan pendarahan pada bahagian otak.

"Kami dapati ada tanduk lembu yang tercabut dalam kereta beliau", jelas ustaz Zul adik ipar Ust Fazlan.

Mengikut sumber Hospital Taiping beliau sedang menerima rawatan penstabilan untuk mengurangkan bengkak pada otak sebelum menjalani pembedahan seterusnya.

Isteri dan anak-anak beliau walaubagaimana pun hanya cedera ringan. Abidah anak sulong mangsa yang satu-satunya sedar masa kejadian berlaku masih berada dalam keadaan trauma.

sumber

Saturday, December 22, 2007

Ustaz Fadhlan Kemalangan

Ustaz Fadhlan (berbaju batik merah) ketika berhari raya kerumah Alexanderwathern.

Kami mendapat berita yang Ustaz Fadhlan mengalami kemalangan jalan raya di Selama, Perak. Ustaz dimasukkan ke wad ICU Hospital Taiping. Mari kita semua doakan kesembuhan Ustaz.

Thursday, December 20, 2007

Doa Rabitah

Doa ini disuburkan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwanul Muslimin. Ia menjadi amalan kami di Trong ini.


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu.”

“Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”

“Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu, dan matikanlah ia dalam syahid demi memperjuangkan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah ke atas Nabi kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.”

Sunday, December 16, 2007

Saudara Zulhisyam Kahwin


Hari ini 16 Dis 2007, saudara Zulhisham yang lebih dikenali dikalangan remaja sebagai 'Abang Sham' melangsungkan perkahwinannya dengan Norlily Mohamad. Abang Sham dikenali ramai kerana aktif dengan bola sepak dan salah seorang staf SMK Tat Beng, Trong.

*Tarikh pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Cikgu Sayuti Pindah

Petang 15 Disember 2007, Cikgu Sayuti sekeluarga bersama sebuah lori datang dari Kelantan. Pada malam itu juga mereka berkemas dan pulang ke sana. Turut membantu ialah Penghulu Tahir dan isteri, Cikgu Soffian dan isteri serta Cikgu Fauzi.

Sebenarnya sudah 7 tahun Cikgu Sayuti berkhidmat di Trong. Dia dikenali ramai kerana rajin bermian sepak takraw di sekitar kawasan Trong.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah tidak kira di mana saja kita berada.




*Tarikh yang tertera pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Saturday, December 8, 2007

Ustaz Firdaus Tahir Kembali ke Rahmatullah

Kita kehilangan seorang daie muda yang gigih- Ustaz Firdaus Tahir. Beliau terkena kanser sejak beberapa lama. Tengah hari tadi Ustaz Abu Hanis, Ustaz Alex dan Ustaz Dr. Abu Mujtahid menziarahi jenazah beliau di Kampung Manjoi, Ipoh. Ustaz Sharuzzaman, Ustaz Kasyfi dan daie-daie lain turut berziarah.

Allahyarham Ustaz Firdaus dulunya pernah menimba ilmu di India dan Mesir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Wednesday, December 5, 2007

Perkhemahan Rakan-rakan Kita di Tasik Chenderoh

Perjalanan dengan bot ke lokasi. Kelihatan Ustaz Fadhlan (berbaju hijau muda)


Indahnya alam milik Tuhan. Para peserta bersedia untuk 'jungle tracking' pada awal pagi.


Para peserta wanita


Peserta lelaki


Bakal peserta pada masa-masa akan datang. Anak Ustaz Fahmi dan anak Ustaz Alex.

Monday, December 3, 2007

Ke Mana Boleh Kita Halakan Wang Perokok?

Dalam salah satu program tarbiah remaja Trong, Ustaz Alexanderwathern meminta kumpulan remaja ini menyelesaikan tugasan berikut:

"Bayangkan yang para perokok di negara ini bercuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?"

Tugasan ini berpunca daripada petikan berita Utusan Malaysia di bawah:

“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu.
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.

Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka.
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok.

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok.
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang.
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.

Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.

Awang – Pernah jadi perokok.”


Hasilnya, mereka begitu bijak menggunakan wang ini. Berikut ialah gabungan idea mereka:

Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)

Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)

Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat

Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf

Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji

Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)

Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)

Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya

Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah

Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)

Menganjurkan pertandingan-pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah

Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen




Kenduri Rumah Cik (Puan) Badariah

Alhamdulillah. Pada hari ini satu lagi 'masjid' berjaya didirikan apabila salah seorang guru SMK Tat Beng mlangsungkan perkahwinannya di Kampung Kelubung, Trong. Banyak rakan remaja menghadiri majlis tersebut termasuklah beberapa orang ahli kumpulan kompang. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan pertambahan iman kepada kita semua khususnya kepada pasangan pengantin.

Thursday, November 15, 2007

REMAJA JOM KE SURAU oleh Ustaz Akil Hayy

Klik dua kali pada video untuk mendengar sambungan siri-siri seterusnya.

Al Fatihah Buat Cikgu Aziz

Sebentar tadi, lebih kurang jam 9.45 malam, jenazah Encik Aziz binti Som telah selamat dikebumikan. Ramai orang yang datang. Solat jenazah diimamkan oleh Ustaz Nor Azli Musa. Ustaz Nor Azli juga membacakan talkin dan doa sementara tahlil dikepalai oleh Haji Shahrani. Pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan Sungai Jarum Mas, tidak jauh dari rumah allahyarham.

Jenazah tiba dengan van jenazah selepas solat Isya'. Tutur berada dalam van ialah anaknya Encik Fadhil dan isterinya Cikgu Faridah. Antara teman-teman sejawat yang hadir ialah Encik Zaini Rejab Ali, Tuan Haji Abdul Satar, En. Mohamad, En. Yusuf, Ustaz Yazid, Ustaz Tuan Azman, En. Soffian, En. Sharifuddin, Encik Salleh, Puan Hajah Rajihah, En. Sayuti, Ustaz Shukri, En. Razali, Ustaz Rozali dan ramai lagi.

Ya Allah, tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh...

CIKGU AZIZ MENINGGAL DUNIA

Tengah hari 15 NOVEMBER 2007 bersamaan 5 Zulqaidah 1428, Encil Abdul Aziz Tan yang kita sayangi telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kita hadiahkan apa jua manfaat bacaan Ummul Kitab kepada beliau...
Al-Fatihah...

Tuesday, November 13, 2007

CIKGU AZIZ TENAT!

Penduduk kawasan Trong menerima berita yang Encik Abdul Aziz dalam keadaan tenat di Hospital Selayang. Kita semua diminta membaca surah Yaasin. Kelihatan beberapa kumpulan membaca surah Yaasin di surau dan masjid, begitu juga dengan individu-individu yang mengenalinya. Semua rakan Ikmalia telah kita cuba hubungi.

Allh tempat kita mengadu...

Sunday, November 11, 2007

GIKGU AZIZ MASUK I.C.U

Encik Abdul Aziz, seorang guru di SMK Tat Beng telah dimasukkan ke wad untuk kali keduanya dalam masa sebulan. Kali pertama di Ipoh dan kali kedua di Selayang. Beliau yang juga imam di surau Kampung Sungai Nyior dikatakan menghidap penyakit Hepatitis B. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk beliau.

Thursday, November 1, 2007

TAKZIAH KEPADA USTAZ YAZID & KELUARGA

Kawan kami Izat sudah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin 29 Oktober lalu. Ya Allah, berikanlah kebahagian kepadanya. Amin...

AL KULIYYAH: CINTA REMAJA ( Ustaz Taib Azamuddin & Dr. Badrul Amin)

Sunday, October 28, 2007

Cikgu Rizal Berpindah

Mungkin ramai yang masih belum tahu terutamanya para pelajar SMK Wan Ahmad Rasdy yang Cikgu Rizal sudah berpindah dari Kuala Trong ke Changkat Jering. Cikgu Rizal yang juga dikenali sebagai Mat Jek berkata bangunan rumah asalnya di Kuala Trong akan dijual.

Kemalangan!

Ramli bin Awang yang dikenali sebagai Ngah Li dari Kampung Sungai Jarum Mas telah kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang guru dari Batu Kurau. Setakat 28 OKT 2007, Nagh Li masih tidak sedarkan diri di wad ICU Hospital Taiping.

Seorang pelajar SMK Tat Beng yang dikenali sebagai Izat juga mengalami kemalangan motosikal bersam rakannya. Izat yang tinggal di Kampung Changkat Ibol masih koma di wad 18 Hospital Taiping. Izat yang juga anak kepada Ustaz Yazid, salah seorang tenaga pengajar di SMK Tat Beng mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Sama-samalah kita memohonkan kebaikan daripada Allah untuk mereka.

Wednesday, October 24, 2007

Motivasi Bersama Fadhilah Kamsah: KERANA MULUT BADAN BINASA





Teka-teki Ikmalia

Tekateki


Haiwan apakah yang namanya 2 huruf saja?
Udang! “U dan g”.

Ikan apakah yang namanya satu huruf jawi dan satu huruf rumi?
Bawai! “Ba” dengan “y”.

Apa yang ditembak ke lantai tetapi kenanya di hidung?
Kentut!

Bagaimana hendak tahu yang mana satu kepala cacing dan mana satu ekornya?
Geletek cacing tu! Bahagian yang tersenyum itulah kepalanya. J Hi hi

Benda apa yang masuk keras, keluar lembik?
Stoking disarungkan ke kaki!

Negara mana yang selalu banjir?
Bahrain! Dah le ‘bah”, “Rain” pulak tu.

Ditanam bukan pokok, diarak bukan pengantin. Siapakah aku?
Mayat!

Tekateki

Dipetik daripada Ikmalia 5
KEWAJIPAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA

Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu Allah S.W.T. memerintahkan wanita muslimah supaya memakai tudung dan memakai pakaian yang menutupi seluruh badan.

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)



Allah SWT berfirman (yang maksudnya):

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


Wanita yang tidak memperlihatkan kecantikan dan perhiasannya ialah wanita yang memakai pakaian yang sesuai dengan pakaian Islam. Antara garis panduan tentang pakaian yang digariskan oleh Islam adalah:

1.Pakaian yang menutupi semua tubuh kecuali anggota tubuh yang dikecualikan Al-Quran dalam firman Allah:

“…..kecuali yang biasa nampak daripadanya.” (Al-Nur:31)

Ayat ini membawa maksud anggota yang biasa nampak iaitu muka dan telapak
tangan.

2.Pakaian yang tebal dan tidak mengambarkan bentuk tubuh.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan menciumbaunya.”

(Muslim)


Berpakaian tetapi telanjang bermaksud pakaian yang tidak menutupi seluruh tubuh sehingga menampakkan sifat-sifat kulit kerana tipis dan sempitnya pakaian itu.

Beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Aisyah dengan berpakaian yang sangat tipis. Kemudian Aisyah berkata: “Jika kamu betul-betul wanita mukminah, kamu tidak memakai pakaian seperti ini.”Ada pula seorang wanita yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat tipis, maka Aisyah berkata kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti tidak beriman dengan surah An-Nur.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
(Abu Daud)


3.Pakaian yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah.

Walaupun pakaian itu tidak tipis tetapi ia menggambarkan bentuk-bentuk tubuh
sehingga mengundang syahwat memang tidak dibenarkan oleh Islam.

4.Pakaian yang menyerupai lelaki bagi wanita dan sebaliknya.

Dari Ibnu Abbas (r.a) yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk lelaki yang menyerupai wanita dan perempuan
yang menyerupai lelaki.”
(Bukhari)

Dari Abu Hurairah yang telah berkata:
“Rasulullah S.A.W. mengutuk seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”
(Abu Daud)

Sumber:
http://wangiancempaka.blogspot.com/2007/10/kewajipan-menutup-aurat-bagi-wanita.html#links

RAYA TAK BERAPA ‘BEST’ LAH!

RAYA TAK BERAPA ‘BEST’ LAH

Hari Raya hadiah Tuhan kepada kita untuk bersyukur dan berceria. Kadang-kadang ada juga yang berkata:
“Raya tahun ni tak berapa best lah.”
“Boring la raya ni.”
“Raya tak raya sama aje aku rasa.”

Umumnya raya anda memang lebih ‘best’ daripada raya orang-orang tertentu. Bandingkan raya anda dengan raya insan-insan di bawah…

KOTA BHARU 6 Okt. – Walaupun dua tahun telah berlalu namun kemalangan ngeri yang mengorbankan ibu, bapa dan dua saudara perempuan mereka masih menghantui tiga adik-beradik yang kini hanya menumpang kasih kepada bapa saudara dan nenek yang berusia 80 tahun.
Tahun ini juga merupakan tahun kedua Aiman Nashriq Rozlan dan dua adiknya Aiman Najmi, 8, serta Aiman Firdaus, 6, menyambut ketibaan Syawal tanpa kedua-dua ibu bapa yang disayangi.
Lebih menyedihkan, walaupun sudah dua tahun tragedi itu berlaku, Aiman Najmi dan Aiman Firdaus terus sering bertanya bila ibu, bapa dan dua kakak mereka akan pulang.
Bapa saudara mereka Rosdi Osman, 37, yang mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak berkenaan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, anak saudaranya itu adakalanya bertanya di mana ibu dan ayah serta adik-beradik mereka yang lain.
Katanya, kecuali Aiman Nashriq yang sudah mengerti, dua lagi anak saudaranya itu tetap sering bertanya bila ibu, ayah dan kakak serta adiknya akan pulang.
Beliau berkata, Aiman Najmi yang merupakan anak istimewa dan adik bongsunya, Aiman Firdaus sering memanggil nama empat anggota keluarganya itu.
“Kami hanya dapat beritahu Aiman Najmi bahawa orang yang dipanggilnya itu sudah meninggal dunia.
“Bagi Aiman Firdaus pula, kami beritahu ibu ayah, Natasya dan Alisya sudah tiada, mereka pergi jumpa Tuhan. Kita kena sabar sebab nanti kita pun akan jumpa mereka juga,” katanya .
Tiga beradik itu kehilangan ayah dan ibu mereka, Rozlan Ayob, 36, dan Sarimah Othman, 32, serta saudara perempuan mereka, Nor Natasya, 10, dan Nor Alisya A’syah yang baru berumur dua tahun, dalam nahas jalan raya itu.
Dalam nahas itu kereta yang dipercayai dipandu ibu mereka terbabas dan melanggar tembok pembetung di tepi jalan di Kampung Kok Pasir, Palekbang sebelum terbakar.
Tiga kanak-kanak itu sempat diselamatkan penduduk kampung manakala mayat Nur Alisya A’syah ditemui rentung dalam pelukan bapanya di tempat duduk sebelah pemandu, manakala mayat Nur Natasya ditemui tertiarap di tempat duduk bahagian belakang sebelah pemandu kereta itu.
Rosdi berkata kejadian itu juga merubah watak Aiman Firdaus yang ketika kejadian berumur empat tahun, kini menjadi seorang yang pendiam dan suka bersendiri.
“Dulu dia memang cakap banyak, tapi kini, sepatah yang kita tanya, sepatah yang dijawabnya,” katanya.
Selain bergantung harap dengan Rosdi, tiga beradik itu bergantung kasih dengan nenek mereka, Mek Yam Che Wok, 80.
Sementara itu, Aiman Nashriq berkata, suasana raya tahun ini pasti lebih sayu kerana kedua-dua adiknya tidak mahu keluar dari rumah untuk beraya ke rumah jiran.
“Adik lebih suka mengurung diri di rumah dan tidak mahu bermain dengan kawan-kawannya terutama Aiman Firdaus. Walaupun dipujuk beberapa kali, dia tetap hendak tinggal di rumah.
“Sikap dia juga berbeza. Tak macam adik saya yang dulu. Dia lebih suka mendiamkan diri dan melihat apa yang kita buat terutama pak cik Rosdi membuat kerja di rumah,” katanya sewaktu ditemui ketika menerima bantuan Tabung Insaniah Harapan sumbangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan hari ini.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah JPJ negeri, Abd. Ghani Che Kassim.
Aiman Nashriq berkata, antara aktiviti wajibnya pada pagi Syawal adalah menziarahi pusara kedua arwah ibu dan ayahnya dan dua orang saudara mereka di Tanah Perkuburan Kok Pasir, Palekbang Tumpat.
“Sepanjang perjalanan ke situ (pusara ibu bapa tahun lalu), air mata kami adik-beradik tak henti-henti mengalir.
“Dulu, saya tak pandai membaca surah Yasin, namun selepas beberapa kali mengulang ayat itu, saya fasih. Saya juga mengajar Aiman Firdaus baca Fatihah. Saya suruh mereka doakan agar ayah, ibu, Nur Alisya A'syah dan Nur Natasya sentiasa dicucuri rahmat Tuhan,” ujarnya yang turut mengakui merindui pelukan dan kasih sayang daripada ibu bapanya.

Oleh: AMIRAH ZAWATIL AMALY
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm




Tazkirah: KEPADA PEMUDA-PEMUDI

KEPADA PEMUDA-PEMUDI

Assalamualaikum WBT.
“Ilahi anta maqsudi wa ridhaka mathlubi. A’tini mahabbataka wa maqhrifataka.” Tuhanku, Engkaulah yang aku maksudkan dan keredhaanmulah yang aku cari. Berikanlah aku kasih sayang-Mu dan makrifah kepada-Mu.

Kadang-kadang kami bersembang sesama kami, alangkah seronoknya kalau kita hidup macam orang lain. Bangun pagi pergi solat Subuh, kemudian baca Quran, pergi kerja, balik kerja makan, berehat, solat Asar, petangnya berziarah atau riadah, waktu Maghrib dan Isya’ ke surau atau masjid, jadi tok imam, kemudian menonton televisyen bersama keluarga dan tidur. Alangkah bahagia dan selesanya hidup begini. Semua orang mengimpikan hidup yang semudah ini.
Tapi mengapa kita memilih jalan yang kita lalui ini? Jalan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti dakwah, program sana sini, qiam bersama-sama, berfikir dan merancang aktiviti untuk remaja… dan lain-lain?
Sebenarnya, apabila kita telah merasai kemanisan melakukan ini semua… maka kita akan terus melakukannya. Kamu sendiri akan jadi begini suatu hari nanti insyaallah.

Baru-baru ini iaitu pada minggu yang lalu saya ada menerima satu mesej daripada seorang kenalan bernama Suhaimi. Mesejnya ringkas tetapi padat.

*Kita… lbh gmbira mymbut 1 JAN drpd 1 MUHARAM
Lbh igt 14 FEB dpd 12 RABIULAWAL
LBH khsyuk mdgr LAGU dpd AZAN
Lbh thu nama ARTIS dpd NABI2
Lbh suka memuji MANUSIA dpd TUHAN
Lbh cintakan DUNIA dpd AKHIRAT
Tp bila dtnya arh tuju
Kita pst mnjwb kita lbh suka menuju syurga dpd neraka?
Salam Maulidurrasul

Apa ada pada 1 Januari? Sambutan tahun baru Masehi. Apa ada pada 1 Muharam? Tahun baru Hijrah iaitu tahun baru Islam. Rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru Masehi. Apakah tahun Masehi? Ada pendapat mengatakan dibuat oleh orang-orang Kristian kononnya sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Apakah tahun Hijrah? Ia dibuat sempena penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.
Tapi yang peliknya Nabi Isa dipercayai lahir pada 25 Disember, bukannya 1 Januari. Itulah keyakinan rata-rata umat Kristian walaupun ada sebilangan kecil daripada mereka yang percaya Nabi Isa lahir selepas 25 Disember ataupun dalam bulan Januari. Benarkah Nabi Isa lahir pada bulan Disember atau Januari?
Sebagaimana yang kita tahu bahawa pada bulan Disember dan Januari, tempat kelahiran Nabi Isa dilitupi salji. Biasa kita lihat Hari krismas disambut dalam musim salji. Tetapi kalau kita baca Bible, semasa kelahiran Nabi Isa itu ditulis para penggembala sedang menggembala binatang-binatang ternak mereka di padang. Mustahil dalam musim sejuk bersalji para penggembala membawa ternakan mereka ke padang! Ini menunjukkan Nabi Isa tidak lahir dalam bulan Disember atau Januari- tidak lahir dalam musim sejuk.
Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Rom. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.
Jadi sudah sewajarnyalah kita umat Islam tidak menyambut 1 Januari tetapi sambutlah 1 Muharam.

Apa ada pada 14 Februari? Ya, Hari Valentine. Apa ada pada 12 Rabiul Awal? Maulidurrasul. Kononnya Hari Valentine adalah hari untuk mengingati kekasih. Padahal ia adalah hari perayaan sebahagian umat Kristian pada zaman dahulu. Ada banyak versi tentang asal-usul Hari Valentine, yang mana satu benar pun tidaklah kita tahu. Antaranya seperti kisah seorang paderi bernama St. Valentino yang bercinta hebat dengan seorang gadis. Cintanya tidak direstui pemerintah memandangkan dia seorang paderi Katholik, paderi Katolhik tidak dibenarkan berkahwin. Ini menyebabkan dia dipenjara. Ada juga cerita kononnya ia dirayakan sempena mengingati hari kemenangan tentera Kristian ke atas umat Islam di Sepanyol yang dianjurkan oleh paderi bernama St. Valentino. Mungkin kamu tak tahu bahawa Sepanyol dulu adalah sebuah negeri Islam. Dan macam-macam lagilah cerita tentang hari tersebut. Namun kesimpulannya, ia berkait rapat dengan agama Kristian dan tak ada kena-mengena dengan kita umat Islam. Maka tak perlulah kita menyambutnya.
Rabiul Awal pula merupakan sambutan ulangtahun kelahiran Nabi, walaupun ada pendapat yang mengatakan baginda lahir pada 9 Rabiul Awal dan juga tarikh-tarikh lain. Namun yang pentingnya kita mengenang kelahiran baginda dalam bulan Rabiul Awal, tak kiralah hari yang mana agar kita dapat mengambil manafaat-manafaatnya terutamanya untuk kerja-kerja dakwah.

Pelajar yang dikasihi sekelian,
Kita lakukan semua yang di atas (sebagaimana dalam mesej), tetapi apabila orang tanya mana satu yang kita kejar lebih, dengan mudah kita menjawab “akhirat”. Betulkah kita kejar akhirat? Cukupkah kita mengejar akhirat? Mana satu yang lebih mudah dikejar… kejar dunia atau kejar akhirat? Untuk tahu mana yang lebih mudah antara kejar dunia dengan kejar akhirat, insyaallah akan saya muatkan dalam pengisian yang akan datang.
Terima kasih kepada Suhaimi atas mesejnya.

Pelajar yang dikasihi,
Saya ada terjumpa sebuah puisi yang amat sesuai untuk kita dalam buku teks sastera tingkatan 3. Selepas ini akan dihuraikan isi kandungannya. Di sini tidaklah saya hendak melagukannya kerana akan mengambil masa yang lama.

SYAIR TENAGA PEMUDA
Gustama Negara

Tenaga pemuda kalau diasuh,
Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh,
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,
Tenaga yang sedang gilang-gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,
Tenaga yang berani menempah mati,
Tidak mengerti erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,
Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.

Puisi Melayu Klasik, 1996 Oscar Book International.

Walaupun puisi ini menyebutkan “pemuda” namun sebenarnya ia turut ditujukan kepada pemudi, ringkasnya untuk semua remaja. Seringkali ditemui perkataan “lelaki” dalam ayat-ayat Al Quran atau hadith, namun seringkali juga kata-kata itu ditujukan juga kepada perempuan walaupun disebutkan lelaki sahaja.
Kita pernah mendengar kata-kata perangsang berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Ada juga budak-budak melawakkannya sebagai “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang gol”.
Dalam syair ini dikatakan bahawa seandainya remaja ini diasuh, dididik, dipimpin, yang kotor dibasuh…ia tidak akan lusuh malah boleh digunakan untuk menentang musuh. Namun biasanya remaja tidak suka dengan asuhan mengikut acuan agama. Ini kerana mereka merasakan agama sebagai penyekat kebebasan mereka. Padahal agama adalah benteng, penyelamat. Ia menyelamatkan kita daripada bertuhankan hawa nafsu dan syaitan kepada bertuhankan Allah secara mutlak.
Beberapa hari lepas tersiar dalam akhbar kisah anak-anak yang dididik mengikut lunas-lunas agama:.

IPOH 13 April - Nuramirah Azhari, 10, yang telah menghafaz al-Quran sejak berusia lima tahun mempunyai 10 anak murid yang belajar menghafaz ayat-ayat suci dengannya sejak setahun lepas. Naib johan pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri Perak serta sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran memberitahu, anak-anak muridnya berusia antara enam dan 12 tahun.
``Saya mengajar dengan berhati-hati bagi memastikan hafalan mereka betul dan tidak melakukan banyak kesilapan.
``Kesilapan yang paling kerap anak murid saya lakukan ialah dari segi tajwid,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Anak kedua dari lima adik-beradik ini memberitahu, dia mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan diwajibkan melakukan ulang kaji menghafaz al-Quran sebanyak lima kali iaitu tujuh hingga lapan jam sehari bagi memastikan ingatannya sentiasa kukuh kerana tahfiz memerlukan banyak latihan. Nuramirah memberitahu, dia meluangkan masa mengajar anak-anak muridnya antara pukul 7.30 malam dan 9 malam setiap hari sambil dipantau oleh ibunya yang turut sama mengajar murid-murid lain.
Jadual waktu Nuramirah disediakan oleh bapanya seorang pelukis pelan, Azhari Abu Hassan, 39, dan ibunya Nurzahidah Hashim, 37, untuk dia praktikkan bersama abang dan adik-adiknya iaitu bangun seawal pukul 5 pagi dan tidur pada pukul 12 malam. Nuramirah bersama abangnya Muhammad Adam, 12, dan adiknya Nurnabilah , 8, tujuh tidak pernah mengikuti pendidikan formal sebaliknya diajar membaca, menulis dan mengira sendiri di rumah oleh ibu bapanya.
``Walaupun tidak pernah ke sekolah tetapi kami tahu membaca, menulis dan mengira. Saya diajar matematik, sains, bahasa Arab, tauhid dan akhlak di rumah.
``Saya sudah boleh membaca semasa berumur enam tahun lagi,'' katanya yang mampu menamatkan tahfiz dalam tempoh dua tahun.
Menurut Nuramirah, dia tidak mempunyai pantang tertentu dalam pemakanannya kerana amat menggemari masakan ibunya terutamanya yang pedas serta ulam-ulaman bersama sambal belacan. Katanya, jika setiap anak muridnya mampu menguasai hafalan satu muka surat setiap hari mereka juga akan mampu mengikut jejak langkahnya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.
``Saya amat berharap dapat mewakili Perak pada pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 April depan tetapi itu semua bergantung kepada keadaan kerana dalam pertandingan peringkat negeri saya menduduki tempat kedua selepas tewas hanya satu mata kepada johan,'' katanya.
Sementara itu bapa Nuramirah , Azhari memberitahu, beliau dan isteri memilih memberikan pendidikan sendiri kepada anak-anak selepas mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat daripada anak-anak murid tahfiznya yang turut terdiri daripada kalangan guru sekolah menengah dan rendah.
Katanya, beliau akan memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam mengikuti pendidikan formal dengan menjadikan buku-buku sekolah sebagai panduan supaya sukatan mata pelajaran yang diajar sama dengan yang diajar di sekolah.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Lihatlah Nuramirah yang baru berusia 10 tahun telah mempunyai pelajar-pelajar sendiri. Dia mula menghafaz Al Quran sejak berusia 5 tahun. Dalam masa 2 tahun sahaja dia berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan di rumah sahaja di bawah didikan ibu dan bapanya.
Beruntungnya orang yang hendak mati di dadanya berisi 30 juzuk Al Quran. Bagaimana dengan kita? Persoalan ini akan timbul sewaktu kita sedang sakaratul maut… malaikat Izrail datang.

Pelajar yang dikasihi sekelian,
Begitu pentingnya barisan pemuda hinggakan bekas Presiden Indonesia pernah mengungkapkan: “Berikan saya 10 orang pemuda, saya akan menggegarkan dunia”. Lihat, dia tidak minta orang-orang dewasa tetapi pemuda. Ini kerana dia tahu kuasa yang ada pada pemuda sekiranya digilap dengan cara yang betul.

Semasa remaja, tenaga kita berada di puncak kecergasan dan kekuatan. Kalau demam selesema atau sakit kepala tak perlu ambil ubat, boleh buat tak kisah dan akhirnya akan pulih dengan sendiri dalam masa yang singkat. Tapi kini kalau tak sihat sikit pun kena cepat ambil ubat. Ini kerana badan semakin lemah, sel-sel yang mati lebih banyak daripada sel-sel yang baru hidup. Hendak pulih dengan sendiri daripada sesuatu penyakit akan ambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi dengan komitmen yang semakin bertambah. Lagi lambat kita pulih maka lebih lamalah tersangkutnya urusan dakwah, urusan keluarga, urusan kerja dan lain-lain.
Ketika itu hujan tak takut, panas tak hairan walaupun kulit saya jenis yang cepat dimakan panas. Selepas SPM dan STPM bekerja sebagai buruh binaan, kulit memang hitam. Tapi sekarang kalau kena hujan panas sikit mulalah badan rasa tak sihat. Begitulah bezanya usia muda dengan usia tua.
Saya sendiri suatu ketika dahulu tanpa berfikir cukup panjang pernah bercita-cita untuk berjihad di Kashmir. Saya sudah merangka-rangka cara untuk ke sana dan apa perbekalan yang hendak dibuat namun dengan kuasa Tuhan akhirnya dibatalkan. Begitulah adat orang muda, semuanya nak cepat dan mesti nak dapat.
Jadi, gunakanlah masa muda ini dengan sebaiknya sebab antara perkara yang akan ditanya di akhirat kelak ialah ke mana kita habiskan masa muda kita. (Buatlah persiapan untuk itu).

Ikutilah cntoh-contoh atau idola remaja. Siapakah remaja yang sepatutnya menjadi idola kita? Bukankah kita ada Saidina Ali- sepupu dan menantu Rasulullah? Bukankah kita ada Fatimah-anak Rasulullah dan isteri Saidina Ali? Bukankah kita ada Aisyah isteri Rasulullah? Banyak lagi yang lain-lain. Contohilah mereka.

Pelajar sekalian,
Pentingnya golongan pemuda ini hinggakan Imam asy-Syahid Hassan al-Banna menulis risalah bertajuk “Wahai Pemuda”. Salah satu isi penting dalam risalahnya itu berbunyi:
“…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat”

Syeikh Fathi Yakan pula menulis sebuah buku bertajuk “Generasi Pemuda dan Perubahan”. Antara persoalan menarik dalam karyanya itu ialah:
1. Kenapa mesti pemuda?
2. Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda?
3. Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Insyaallah kita akan berjumpa dengan bahan-bahan ini suatu hari nanti (dan membincangkannya).

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Dipetik dan disesuaikan daripada dua tazkirah pada 16 APRIL 2006
alexanderwathern

*Tazkirah ini disampaikan secara lisan oleh Alexanderwathern, kemudiannya baru dipindahkan dalam bentuk tulisan. Gaya penyampaiannya diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman pembaca.

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=21&mode=&order=0&thold=0

Tuesday, October 23, 2007

Monday, October 15, 2007

Pelajar Terbaik SPM 2006

Siti Fatimah: Pelajar Terbaik SPM Malaysia 2006



Inilah idola remaja Islam. Anda sepertinya?

Temuramah Dengan Pelajar Terbaik SPM Malaysia 2006



Sila ambil tips cemerlang pelajar ini!

Thursday, October 11, 2007

Monday, October 8, 2007

Tazkirah Dr. Abu Mujtahid

Sebahagian daripada rakan-rakan kita telah mendengar tazkirah oleh Dr. Abu Mujtahid dalam salah satu program dakwah di Trong yang ketika itu kita masih mengggunakan nama Forum Kengkawan Sungai Nyior. Berikut adalah tazkirah beliau.

TAZKIRAH DR. ABU MUJTAHID

Program begini,.. bukan semua orang boleh (mampu) hadir. Bukan semua orang ada kekuatan untuk hadir majlis ilmu, lebih-lebih lagi pada hari cuti. Tengok kawan-kawan kita, kalau yang lelaki mungkin pergi memancing. Ada juga yang bersantai. Ada yang menolong keluarga berniaga- tambah pendapatan dan lain-lain.

Tapi di samping kita sibuk dengan urusan kehidupan di dunia, jangan lupa tentang hidup kita di akhirat. Kata Al Quran, dunai ini tempat bercucuk-tanam. Bercucuk-tanam yang bagimanakah dimaksudkan?

Kalau kita ada tanah, kita tanam pokok, esok ke dapat hasilnya? Tentu lambat kan? Kalau pokok rambutan tu biasanya 2-3 tahun baru baru berbuah. Dalam masa tunggu tanaman kita nak berbuah tu kita kena selalu baja dan siram. Kalau kita biar, adakah kita akan dapat hasil yang baik nanti? Kalau dibaja dan disiram, barulah akan dapat buah yang elok dan manis.

Inilah permulaan kita bina diri kita. Siram dan baja diri kita sendiri agar dapat hasil yang bagus di akhirat. Untuk itu yang pertama kita kena istiqamah hadir program. Kedua, tambah perkara-perkara sunat. Saya yakin anda… yang wajib dan selesai… solat fardhunya, puasanya…

Ada orang solat tiga kali sehari. Ada orang lelaki solat seminggu sekali- solat Jumaat saja. Ada orang yang solat dua kali saja setahun (solat sunat hari raya). Kitalah yang kena cuba bantu kawan-kawan yang agak ketinggalan. Kita bersangka baik dan Bantu. Jangan kata, “Alaah… dia dah memang macam tu..”. Semua ini tugas-tugas kita. Tentunya andalah yang rapat dengan mereka, lebih tahu isi hati mereka, dan tahu cara nak tarik mereka.

Antara amalan sunat yang senang ialah solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah, puasa sunat Isni da Khamis bagi yang mampu, banyakkan baca Al Quran… Kalau ikut trend masyarakat kita biasanya orang suka baca Quran lepas Maghrib. Tak kisahlah, kamu bacalah lepas solat fardhu, sekurang-kurangnya satu helai sehari. Khatamkan sekali dalam setahun, kemudian pertingkatkan lagi jadi dua kali setahun. Jaga hubungan dengan jiran, dengan ibu bapa… jangan menderhakai ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita kan.

Kalau kita istiqamah dengan program, di akhirat akan dapat hasilnya. Pengorbanan kita di dunia Allah tak akan sia-siakan.

Masyarakat kita semakin teruk. Yang tak mahu agama lebioh banyak daripada yang mahu. Ayat al Quran… ( Dr membacakan ayatnya, yang intipati maksudnya…) kita ini adalah sebaik-baik umat dan yang sebiak-baik umat itu ialah mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi cara kita menegur biarlah berhikmah. Dalam pada itu batas hubungan lelaki perempuan kena jaga, dalan lingkungan yang ditetapkan syariat.

Anda sebenarnya orang-orang yang bertuah kerana dapat turut sama dengan program begini. Berdoalah agar Allah tetapkan hati ke jalan yang betul. Jalan-jalan dakwah ini panjang dan berliku. Tak ramai yang boleh komitmen dengan program amcam ini. Malah ada yang sudah bertahun-tahun ikut tapi kemudian stop- gugur di tengah jalan. Mungkin dia tidak doa.

Saturday, October 6, 2007

SAJAK- Impianku

IMPIANKU

Impianku…
menjadi wanita solehah
seperti Hajar yang tabah…

Impianku…
menjadi wanita solehah
hiasan duniawi yang terindah
lemah tak bererti kalah
sopan lambang gaya muslimah
ndah budi pekerti
dipenuhi sifat mahmudah

Impianku…
menjadi wanita solehah
hidup dalam ketaqwaan
mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
bagai wangi pusara Mashitah…

Mampukah aku menjadi wanita solehah…?
seperti Rabiatul Adawiyah
dan juga Siti Khadijah…
aku hanya insan yang lemah
dalam menenmpauh tipu daya duniawi
pengharapanku hanya Allah

Oh Tuhan…
kuatkanlah hati ini
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencpai impian yng suci..

- ME -

(Puisi oleh salah seorang rakan kita dari SMK Tat Beng)

PMR Sudah Tamat!

Ceria nampaknya para remaja yang baru habis PMR. Sebutan 'MERDEKA!' tercetus di bibir. Kini tibalah masanya untuk memberikan tumpuan kepada ibadah Ramadhan dan harap-harapnya Lailatul Qadar belum terlepas. Hari Raya tak lari ke mana, janganlah kita tumpu kepada persiapan raya sahaja. Mungkin Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita... siapa tahu...

Thursday, October 4, 2007

RAIHAN: Lailatul Qadar



Berapa ramai remaja yang mencari Lailatul Qadr?
Berapa ramai yang sibuk dengan sambutan perayaan?

IKMALIA 8

Risalah Dakwah kita iaitu IKMALIA bilangan 8 keluaran Oktober mula diedarkan minggu ini. Isi kandungannya kali ini:

Menjadi Pendakwah Berkesan (sambungan) oleh Alexanderwathern
Boikot Ayam Daging Di Pasaran Sepanjang Ramadhan
Blog Nuriman
Amerika: Mangsa Seks Paderi Dapat RM 680 Juta
Berita Harian
Tazkirah Ramadhan: Terangkatkah Amal-amal Kita?
Oleh Alexanderwathern
Koleksi Jenaka
Internet
PLKN Kena Saman RM 10 Juta
Berita Harian
Mana Suami Saya Mak?
Internet
Cerama Serban Abang
(bahagian akhir) oleh Alexanderwathern
Puasa Selain Islam
Internet
Kes Nurin: Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung
oleh Us Zaharuddin
Puisi Rakan Remaja Ikmalia: Impianku
oleh ME (Pelajar SMKTB)
Ahlan Ya Ramadhan
oleh Ustaz Fauzi Asmuni (ISMA)

Selamat Menangani PMR 2007

Blog SEBARAN DEBUNGA SYURGA mendoakan agar semua rakan-rakan kita yang sedang menghadapi PMR dan ibadah puasa di SMK Dato' Idris, SMK Tat Beng dan SMK Wan Ahmad Rasdi mendapat kejayaan dunia dan akhirat.