Tuesday, October 7, 2008

Perutusan Aidi Fitri Pengerusi ISMA Mesir

Suasana Raya Sekitar Trong


Sebuah rumah di Sungai Baru


Jemaah Sungai Nyior bertakbir dari rumah ke rumah


Rumah tradisional menjelang Aidil Fitri


Pelita yang terpasang lebih menghidupkan suasana keNusantaraan


Seronoknya kanak-kanak bermain bunga api

Video: Tazkirah Ramadhan Ust Alexanderwathern


- Funny video clips are a click away


- The top video clips of the week are here

Adik kepada Akh Norhisyam Kemalangan 5/10/08

Masyaallah...'steady' jek kereta dia!


Suasana di tempat kemalangan, depan surau Sungai Baru


Keadaan kereta wanita Cina itu

Secara tiba-tiba seorang budak melintas jalan menyebabkan seorang wanita Cina menekan brek kecemasan. Kebetulan kereta saudara Awi di belakangnya, tak sempat buat apa-apa melainkan menghentam bahagian belakang kereta tersebut. Semua kerja Allah.

Wednesday, August 27, 2008

Penerangan Isu Iraq



3 orang ikhwah kita dari Trong telah menghadiri majlis ini di Ipoh. Kedua-dua orang penceramahnya ialah orang Iraq sendiri. Ceramah pertama dalam bahasa Arab, diterjemahkan oleh orang kuat kita Ustaz Shahruzzaman. Ceramah kedua dalam bahasa Inggeris.

Sikap Ibu Bapa Soal Tabarruj

Sekarang mari kita beralih pula pandangan. Bagaimanakah sikap ibubapa terhadap anak-anak mereka, terutamanya anak-anak yang masih gadis remaja. Kita rasa sungguh kesal kerana ada di antara ibubapa yang menggalakkan anak-anak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen. Mereka berpendapat bahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiap orang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segera dilamar.

Berfikirlah wahai ibubapa semua. Kamu bertanggungjawab terhadap anak-anak, bertanggungjawab pula di masa depan mereka dan bertanggungjawab di hari perhitungan di hadapan Allah nanti. Relakah hati kamu menjadikan anak-anak kamu seperti barang-barang dagangan yang boleh dijual-beli. Ingatlah, lelaki hartawan (*yang tidak soleh) sahaja yang akan memperisterikan mereka. Orang yang banyak harta memang mampu membeli kecantikan untuk memuaskan nafsu mereka. Selepas itu janganlah kamu kesal wahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkan begitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaan seperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.

Lelaki yang beriman dan mematuhi segala suruhan Allah tidak akan melamar anak kamu kerana mereka orang ‘arif, yang mana intan dan yang mana saduran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak logik lelaki yang beriman akan memilih perempuan yang rosak akhlak dan tidak berbudi pekerti sebagai teman hidup mereka.

Setelah berdiskusi dengan para ibubapa, sekarang mari pula kita membuat tinjuan secararingkas bagaimana pula keadaaan suri-suri rumahtangga, khasnya di bidang make-up. Mereka melahirkan reaksi dengan kata, “Kami keluar rumah dengan bermake-up hanya untuk memuaskan hati suami dan patuh kepada kehendaknya”. Reaksi sedemikian rupa adalah palsu dan alasan tersebut memang tidak berasas sama sekali. Adakah dengan mematuhi suruhan suami tersebut boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kemurkaan Allah? Allah Pencipta kamu dan juga suami kamu. Supaya lebih jelas lagi, mari kita renungi sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:

“Jangan kamu taat sesama manusia hingga kamu sanggup derhaka kepada Allah, Allah Pencipta manusia” dan sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud:

“Tiada kepatuhan melainkan kepada kebaikan”.

Manakala Allah pula telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya, juga kepada pemerintah-pemerintah yang terdiri daripada kamu……”

(al-Nisaa’: 59)

Berpandukan kepada maksud Hadith dan ayat al-Quran di atas, adakah kamu wahai suri-suri rumah diwajibkan menta’ati suruhan suami terlebih dahulu sebelum melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya?? Jika kamu memahami ayat-ayat al-Quran sudah pasti kamu sendiri dapat memberi jawapan.

Mengikut konteks hadith Rasulullah dan firman Allah yang tersebut, bukanlah pengertian seperti yang difahami oleh puan-puan. Malahan fahaman yang sebenar ialah mematuhi suruhan Allah dan RasulNya sebelum menta’ati orang-orang yang bertanggungjawab terhadap diri kamu, seperti menta’ati kedua ibubapa, suami dan pemerintah. Ta’at setia ini kita berikan kepada mereka tersebut selama mana suruhan mereka tidak berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya. Jika suruhan mereka didapati bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya, mestilah kita kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya.

Suami yang tidak menta’ati suruhan Allah dan menyuruh kamu pula jangan menta’ati suruhan Allah, maka jangan sekali-kali kamu mematuhi suruhan tersebut, walaupun kamu terpaksa mengalami berbagai-bagai masalah. Umpamanya berkemungkinan kamu ditinggalkan sekiranya kamu diceraikan, berpisahlah anak-anak kamu dan hancur leburlah rumahtangga kamu. Perlu diingatkan, jika kamu seorang wanita yang patuh dan ta’at kepada ajaran Islam tidak mungkin kamu dapat hidup bahagia di samping suami yang korup, runtuh moralnya, tidak berbudi pekerti yang mulia dan durhaka pula terhadap ajaran Allah. Jiwa yang suci murni akan berbahagia di samping bertuhankan harta benda walaupun dibendung istana yang bertatahkan ratna mutu-manikam.

http://wanitaisma.wordpress.com/2008/03/19/sikap-ibubapa-dalam-mendidik-anak-anak-tabarruj/


Muka Depan Ikmalia 12

Jenaka dari Ikmalia 12

UJIAN AKHIR CIA

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Dalam ujian terakhir ini tugas mereka dikehendaki menembak isteri masing-masing untuk menguji ketabahan hati mereka dalam menjalankan tugas. Sebenarnya senjata mereka telah diisi dengan peluru kapur, bukan peluru hidup.

Pegawai CIA memberi senapang kepada Richard dan kemudian masuk ke bilik sebelah tempat isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak sampai hati dia membunuhnya.

Dean memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Anderson dan kemudian masuk bilik yang ditempatkan isterinya...
Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan
berpeluh...

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi..
dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.." :O

NAMA PADA PISAU LIPAT

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar
sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang
juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat
dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah
perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian
pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya
sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana
namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui
kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu
tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL, cepat keluar...!!!" : P

TOLONGLAH MAKCIK

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke
rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh sendat.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun
dan berkata... "Silakan duduk makcik... "

"Oh, tidak perlu.. anak duduk la!" Kata wanita tua itu
sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula sambil matanya melingas ke kiri kanan... Tapi beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...

"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik
duduk sajalah!" Kata wanita tua itu sambil menolak
bahu pemuda supaya kembali duduk... ..

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri
dan berkata lagi...

"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih
bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..

"Anak tak payah risaukan makcik.. Anak duduk ajalah.
lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab
wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya
kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan
berkata...

"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi
tak boleh!? Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!" : )

Bengkel Strategi Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Wanita

UKM,‭ ‬Bangi‭ - ‬Pada‭ ‬30/5-1/6‭ ‬yang lalu,‭ ‬telah berlangsung Bengkel Strategi Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Wanita anjuran Wanita ISMA.‭ ‬Bertempat di Kolej Za’ab,a UKM.‭ ‬Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada‭ ‬150‭ ‬orang peserta daripada cawangan-cawangan ISMA di seluruh negara.‭

Bengkel ini diadakan adalah dengan tujuan melatih ahli-ahli Wanita ISMA dalam kemahiran menguruskan organisasi supaya lebih efektif dan produktif‭; ‬seterusnya membentuk Wanita ISMA sebagai satu wadah yang bertapak kukuh di dalam masyarakat.‭ ‬Ahli-ahli Wanita ISMA dihidangkan dengan pembentangan-pembentangan seperti Kaedah Perubahan Masyarakat dan Kepimpinanan Berdasarkan Situasi yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berkaliber.‭ ‬Untuk lebih memantapkan pemahaman terhadap pengisian-pengisian tersebut,‭ ‬peserta-peserta diminta untuk membincangkan kaedah praktikal dalam merealisasikan teori yang dipelajari.

sumber

Tuesday, July 8, 2008

Menghadapi Godaan Perhiasan Dunia

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi itu sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, (untuk memerhatikan) siapakah antara mereka yang lebih baik amalnya.”
(Surah al-Kahfi: 7)

Banyak orang gagal dalam menghadapi ujian ini. Mereka tergoda dengan perhiasan dunia lalu sanggup menggadaikan pegangan agama. Hiasan dunia berupa kenikmatan mata memandang sesuatu, kenikmatan mulut merasa sesuatu, kenikmatan telinga mendengar sesuatu, kenikmatan tubuh mengalami sesuatu suasana dan kenikmatan otak memikirkan sesuatu sering mengalahkan manusia termasuklah orang-orang yang beriman. Prinsip-prinsip agama yang dipegang kukuh sebelum itu sanggup diketepikan semata-mata untuk mendapatkan lebih kenikmatan-kenikmatan yang disebutkan tadi, iaitu perhiasan dunia kesemuanya.

Contohnya seorang pemuda desa yang membuka warung di desanya. Dia tidak menjual rokok kerana berpegang dengan fatwa haramnya merokok. Kemudiannya dia berhijrah ke bandar dan membuka kedai di sana kerana mahukan pendidikan anak-anak kecilnya lebih terjamin. Matlamatnya bagus.

Hidup di bandar besar tentunya memerlukan lebih wang. Dalam usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup keluarganya di bandar besar itu agar anak-anaknya mendapat pendidikan yang lebih baik, si pemuda mula menjual rokok di kedainya. Maklumlah, berniaga rokok untungnya lumayan. Ke mana perginya fatwa pengharaman yang dipegangnya dulu? Sudah bertukar menjadi harus/ boleh pula. Alasannya, dia bermatlamat agar pendidikan anak-anak terjamin. Kenikmatan yang mahu dikejarnya adalah melihat anak-anak berjaya tapi prinsipnya dalam soal agama sudah dia ketepikan. Matlamatnya sudah menghalalkan cara.

Begitu juga contohnya seorang gadis yang asalnya bekerja di kilang dengan pendapatan RM 800 sebulan. Matlamatnya bagus iaitu untuk menambah pendapatan lalu berpindah jauh ke kota dan bekerja di pejabat dengan bayaran RM 1800 sebulan.

Tapi dulu pakaiannya baju kurung biasa, kini sudah mengecil di bahagian pinggang. Wajahnya dulu sekadar disapu krim pencerah kini sudah berbedak tebal, bergincu bibir dan ada bahagian-bahagian yang berwarna-warni. Untuk kekal di pejabat itu, dia mesti melakukan sedemikian kerana urusan sehari-harinya bertemu dengan pelanggan. Tangan lembutnya dulu yang tidak pernah dijamah lelaki bukan mahram termasuklah sepupunya, kini menjadi rabaan para pelanggan sebagai pra-syarat memulakan perbincangan.

Pegangan agamanya dibuang atas alasan mencari makan, untuk hidup lebih selesa berbanding sebelumnya. Kenikmatan yang dikejarnya adalah gaji. Matlamatnya untuk mencari gaji yang lebih baik, telah menghalalkan cara walaupun cara itu bertentangan dengan agama.

Carilah perhiasan dunia dan segala kenikmatannya semahu kita asalkan jangan ada prinsip agama yang digadai. Segala kenikmatan yang kita idam-idamkan itu hanyalah perhiasan dunia yang dijadikan Tuhan untuk menguji keagamaan kita. Anda mahu gagal dalam ujian ini?


oleh Alexanderwathern

Sumber: Risalah Dakwah IKMALIA bilangan 11 JULAI 2008

Arkib MEI 2008

Tuesday, May 20, 2008

Perbincangan Kem Remaja

Pada 15 MEI 2008, satu perbincangan tentang Kem Remaja Wawasan diadakan di rumah Ustaz Abu Hanis. Turut hadir ialah Ustaz Najib, Alexanderwathern, Ustazah Ummu Aini, Ustazah Teh dan Ummu Musfirah.

Kem bakal diadakan pada 26, 27 & 28 Mei di Manong, Kuala Kangsar. Mesyuarat seterusnya diadakan di Ipoh pada 19 Mei.

Sekitar Trong MEI 2008

Perkahwinan anak Penghulu Tahir

Lagi gambar perkahwinan

PPK Sg Tinggi dipecah masuk. Peti besi dirosakkan.


RM 28,000 hilang

Ziarah 'Baby' En. Khairi


Uiii, ramainya tengok caya!

Menikmati Juadah

Ini dia 'baby' dengan umminya


Ustaz Abu Hanis dan En. Alexanderwathern sekeluarga sempat menziarahi 'baby' baru. Ustaz Azimi tidak jadi datang kerana ada urusan.