Saturday, February 16, 2008

Kejayaan Laman-laman Yang Diasaskan oleh Alexanderwathern

Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan sahaja, kunjungan ke atas laman-laman ini sangat menggalakkan.

AL-MARBAWI 3020 pengunjung
GAGASAN ULAMA ASWJ 4220 pengunjung
MENGAPA ISLAM 3730 pengunjung
MENGENAL ISLAM 3620 pengunjung
PENERAJU UMAT 680 pengunjung
SATU UMAT 3450 pengunjung
TAJDID SEGAR 3480 pengunjung

Blog Alexanderwathern sendiri menerima lebih daripada 190,000 kunjungan dalam usianya 1 tahun 3 bulan.

Semoga Allah terus mengurniakan kejayaan kepada kita.

AKTIVITI JANUARI & FEBRUARI 2008


Ikmalia bilangan 10 diedarkan

Mesyuarat Peringkat Negeri di Pejabat Negeri, Ipoh

Mesyuarat Perak Utara di Masjid Ridhwaniah, Kuala Kangsar

Daurah Perak Utara di Masjid Ridhwaniah 2 FEB

Mukhayyam Peringkat Negeri di Guar Manong 7-9 FEB

Kuliah Tauhid sesi 1 & 2 oleh Alexanderwathern

Usrah Belia Sungai Baru 1 kelolaan Alexanderwathern 4 FEB

Kuliah Tauhid sesi 1 & 2 (ulangan) oleh Alexanderwathern

Usrah Utama Trong 1 kelolaan Ustaz Abu Hanis 10 FEB

Usrah Belia Sungai Baru 2 kelolaan Alexanderwathern 11 FEB

Daurah & Qiam Perak Utara di K. Kangsar 16 FEB

Usrah Belia Sungai Baru 3 kelolaan Alexanderwathern 18 FEB

Bacaan Yaasin & Solat Hajat bersama Alexanderwathern 21 FEB

Qiam Akhawat seluruh Perak di Ipoh 23 FEB

Usrah Belia Sungai Baru kelolaan Alexanderwathern 25 FEB



Pena Penyusun IKMALIA 10

Assalamualaikum w.b.t,

Sesi persekolahan 2008 bermula. Kepada mereka yang masih bersekolah terutamanya di tingkatan lima dan tiga, tahun ini tahun perhitungan. Bersedialah dengan niat, doa dan usaha.

Niatkan keutamaan peperiksaan kita adalah untuk Allah dan Islam, kemudian barulah untuk ibu bapa, masa depan, kerjaya, kepuasan diri, penghargaan dan sebagainya. Betulkan aturan niat kita dengan mendahulukan Tuhan berbanding yang lain-lain. Kejayaan dalam peperiksaan itu nanti akan aku gunakan untuk memperjuangkan Tuhan dan Islam pada masa akan datang, bukan sekadar untuk mengisi perut dan kehendak sahaja.

Kemudian doa. Jangan hadkan doa seperti yang dilakukan kebanyakan orang. Doa hendaklah dipanjatkan sebelum berusaha, semasa berusaha dan selepas berusaha. Dalam ketiga-tiga keadaan hendaklah disertakan dengan doa.

Seterusnya usaha. Jangan hadkan usaha kepada perkara-perkara yang nampak sahaja, yang zahir sahaja. Perkara-perkara yang ‘tidak nampak’ atau yang batin hendaklah diambil kira. Buat apa yang Tuhan perintah dan tinggalkan apa yang Tuhan larang. Dengan cara ini, bantuan Tuhan mudah tiba.

Jika sebelum ini kita malas menunaikan ibadah fardhu, kita ubah jadi rajin. Sebelum ini mengabaikan penutupan aurat, jadikan menutup aurat itu satu kecintaan. Sebelum ini memenuhi masa lapang dengan hiburan, gantikan dengan aktiviti keagamaan.

Tapi awas! Ikhlaskan niat. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana peperiksaan. Jika tidak, ‘peperiksaan’ yang menjadi ‘tuhan’ kita. Syirik namanya pada pandangan tasauf.

Kepada rakan-rakan Ikmalia yang sudah bekerja ataupun yang masih menyambung pelajaran, teruskan pembaikan diri. Yang paling penting, pastikan diri tidak terlepas daripada tarbiah dan teruskan usaha-usaha dakwah. Sentiasa ingat jawatan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Pendapatan dan masa yang Allah beri kepada kita di dunia ini bukan untuk dihabiskan untuk melayan perut dan kehendak semata. Ada bahagian untuk Allah dan Islam daripada pendapatan dan masa harian kita yang berupa ’zakat wajib’, yang mesti kita keluarkan pada jalan Allah. Jangan terpedaya dengan golongan manusia yang hanya mengusahakan keselesaan hidup di dunia. Jangan kita termasuk ke dalam golongan itu, besar ruginya dalam kehidupan jutaan tahun di akhirat nanti.

Akhir kata, marilah kita membiasakan diri berwatak dengan perwatakan orang-orang soleh, bukannya watak KEBIASAAN para artis, para pelawak, para model, bintang sukan, samseng, para penghias rupa (bertabarruj) dan sebagainya. Pilihlah perwatakan yang mendatangkan rahmat Allah dan keampunannya.

PANDANG GLOBAL,

BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Bapi Pihak Penyusun

Abu Zulfiqar

* Ummu Musfirah- iaitu penyusun Ikmalia agak kesibukan untuk menulis Pena Penyusun kali ini. Beliau hanya sempat meneliti bahan dan membuat pengesahan susunan sahaja. Insyaallah pada keluaran akan datang beliau akan kembali di ruangan Pena Penyusun.

MEREHATKAN MINDA

MUDANYA IBU DAN AYAHKU

Sepasang suami isteri menerima sepucuk surat daripada anak prempuan mereka yang sedang menuntut di luar negara.
Isi kandungan surat itu antara lain berbunyi : “Wahai ayah dan ibu yang ku sayangi, saya amat merindui kalian. Saya tidak tahu bilakah saya akan kembali ke rumah tetapi rasa nya masanya masih begitu lama lagi.”
”Hati saya bakal hancur apabila mengenangkan detik apabila saya pulang ke pangkuan keluarga kelak, ayah dan ibu akan menjadi tua.”
"Oleh itu saya sertakan sebotol cecair yang saya cipta.Ia akan menjadikan ayah dan ibu awet muda agar apabila saya pulang kelak, usia ayah dan ibu sama seperti saat saya berangkat.
"NOTA,ambil setitik sahaja"


Apabila pasangan muda itu membuka sampul surat , mereka melihat cecair berwarna merah ,si suami memandang isteri lalu berkata,"Awak cubalah dulu"

Setelah bertahun-tahun berlalu, anak itu pun pulang dan mendapati ibunya kekal muda dan jelita, malah...ibu nya mendukung seorang bayi di pelukannya.
Dengan gairah ,ibu itu bercerita bagaimana mujarabnya cecair itu. Anaknya gembira lalu bertanya kan ayahnya.


"Anakku sayang ,ayahmu terlalu cemburu melihatkan betapa muda dan jelita nya ibu sekarang sehinggakan dia meminum keseluruhan cecair di dalam botol itu,''
Anak nya pun bertanya ,"Jadi dimanakah ayah sekarang?"
Si ibu menjelaskan: “ini ha....yang ibu gendong inilah ayah mu nak.” : )

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2881.0

CUBAAN HAJI TEEPO

Al-kisah ada seorang ‘businessman’ yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, ‘dinner’ tiap-tiap malam (orang belanja of course), ‘exercise’ tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambahan pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. “Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.

"Sajaaku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nadayang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkainkapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. : (

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2858.0

WASIAT TERAKHIR MAK TEMAH

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya
masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.

Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah
meminta pen dan kertas.

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya.

Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah
bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya.

"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!" : 0

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=169.0

WAWANCARA PENGGEMBALA KAMBING

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dengan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa.. : )

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2804.0

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. : )

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam file La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan. : )

Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. : )

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan. : )

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2735.0

Jawapan Periksa Yang melucukan

Berikut ialah satu salinan daripada skrip jawapan peperiksaan (boleh jadi Sejarah) oleh seorang pelajar (kemungkinan besar berbangsa Cina). Tidak dapat dipastikan dari negeri mana. Beginilah jadinya jika kurag persediaan menghadapi peperiksaan. : )

Bahagian A


1.Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke – 19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan
mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasinal. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak
akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. “In English, they are too shy to do tat stuff in the light. Scared people see ma. Stupid.”

Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah
pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka.

Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya, “Men felt shy because their body are different”. 1 bolt 1 nat. really tiu lo. Adanya elektrik, mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.

Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yg roboh itu dengan jentera berkuasa tinggi.



Bahagian B


7.Pada masa kegemilangan China dan Jepun, ??? mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.

Agama Confucius ini memang “confusing” entah bila bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!?
Sebelum adanya ajaran Confucius, dunia di China adalah huru-hara. Kerana raja syaitan dunia akan dilahirkan dan memusnahkan dunia. Dengan itu, Dewa mengarahkan Senzo untuk mendapatkan kitab suci Confucius untuk mengalahkan raja syaitan. Tetapi perjalanannya susah sehingga awek iblis yg cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya. Iaitu ???? Monyet, Babi, Kuda dan Hantu Air.
Setelah mendapatkan kitab suci, raja syaitan dikalahkan.
Dan semua orang memahami ajaran Confucius walaupun sangat “confusing” kalau tidask raja syaitan akan muncul semula.

Ajaran Shinto pula datan dari Tom Cruise. Dia ini seorang askar, generallah ??? ??? pangkatlah 4 get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman samurai.
Selepas dilepaskan dia tak mau balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia pun feng huet chai lo. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya Shinto.