Wednesday, April 23, 2008

Drama Syeikh Abdul Qadir Jilani

Sebahagian para pelakon, bergaya ala Timur Tengah. Kelima-lima serban adalah kepunyaan Akh Alexanderwathern.

Ketua perompak sewaktu sesi solekan

Baru-bari ini Akh Alex sempat mengarahkan dan mementaskan sebuah drama pendek yang berkisar tentang pengalaman Syeikh Abdul Qadir Jilani sewaktu kecilnya.

Kisah Syeikh Abdul Qadir memang masyhur. Dalam perjalanannya menuntut ilmu, rombongannya telah disamun oleh sekumpulan perompak. Ketika ditanya, Syeikh yang masih anak-anak mengakui mempunyai wang emas pemberian ibunya. Para perompak berasa hairan kerana budak kecil itu tidak cuba menyembunyikan hartanya.

Syeikh menceritakan pesan ibunya supaya jangan berbohong sama sekali. Sebab itulah Syeikh tidak berasa gentar untukmenjawab soalan perompak.

Situasi ini membuatkan para perompak menjadi malu. Akhirnya mereka bertaubat pada waktu itu juga dan menjadi orang baik-baik.

Usrah Sungai Baru

Dalam pertemuan berlapikkan bantal dan kusyen minggu ini, Encik Alexanderwathern antara lain menyentuh tentang kepentingan usrah mingguan.

Program usrah ini bolehlah diumpamakan seperti membasuh kereta. Setiap minggu mesti dicuci untuk memastikan kebersihannya. Apa akan jadi jika sesebuah kereta itu dibasuh tiga ataupun empat bulan sekali saja? Sudah tentu bertempek-tempek kotoran yang memungkinkan cepatnya kerosakan.

Begitu jugalah dengan roh kita. Saban hari roh menerima toksin baik melalui penglihatan, pendengaran ataupun percakapan. Majlis-majlis usrah (dan keagamaan yang lain) tidak lain adalah pembuang toksin mingguan yang dapat memastikan kebersihan dan kesucian roh.

Atas sebab itu program sebegini mestilah dihidupkan dan para pejuang hendaklah berusaha melapangkan masa untuk mencuci roh.

Gotong-royong Majlis Pertunangan Kakak Kepada Ukht Hajar

Akh Norhisyam, masih sempat berbalas mesej

Balasan Pihak Wanita

Ummu Musfirah Turut Memberikan Khidmat


Ustaz Abu Hanis Diundang Sebagai Peneraju Majlis Tahlil

Ukht N0r (pandangan sisi) tidak mahu ketinggalan memberikan khidmat

Suasana majlis

19 APRIL 2008, kakak kepada salah seorang rakan kita iaitu Ukt Hajar telah melangsungkan majlis pertunangan. Kami bersepakat memberikan khidmat pada majlis tersebut.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ummu Musfirah

Dalam usrah yang baru lalu, kami sempat meraikan ulangtahun kelahiran Ukht Ummu Musfirah. Semoga bertambah ilmu, iman dan amal. Gambar menunjukkan kek dan ais-krim yang kami nikmati bersama-sama pada usrah itu.

Saturday, April 19, 2008

Akh Norhisyam 'Mengikat Tanda'

'Calon' pilihan Akh Norhisyam

Pihak lelaki menghadiahkan...

Pihak perempuan membalas...

Aktiviti Mac & April 2008

2 Mac- Rehlah di Bukit Jana kendalian Ustaz Abu Hanis dan Ustazah Ummu Aini
3 Mac- Usrah Sg Baru kendalian Alexanderwathern
10 Mac- Usrah Sg Baru kendalian Alexanderwathern
12 Mac- Kuliah Tauhid & Qiam kendalian Alexanderwathern & Ummu Musfirah
13 Mac- Ziarah kubur kendalian Ummu Musfirah
22 Mac- Makan malam bersama Dr Abu Mujtahid
23 Mac- Ziarah Dr. Abu Mujtahid yang berpindah ke Negeri Sembilan
24 Mac- Usrah Sg Baru kendalian Alexanderwathern

19 Mac- Gotong-royong sempena pertunangan kakak kepada Ukht Hajar
19 Mac- Majlis Tahlil di rumah Ukht Hajar kendalian Ustaz Abu Hanis

Rehlah di Bukit Jana

Gorengan disertai zikir dan doa memang sedap!

Ni dia pakar panggang-memanggang, salai-menyalai dan goreng kunyit.
"Kalau bawak kipas angin dari rumah kan senang..?"

Mmm...sedapnyeee! Nak seketul boleh?

Aduss...terbakar bulu romaku!

Allahu Akbar, gigi palsu akak jatuh dalam air le. Tolong ambilkan dik!

Nasi seperiuk ni untuk aku sorang saja tau!

Makcik ni dah lebih separuh abad, tapi begitu aktif dengan usrah. Apa rahsia makcik?
Ooo...awak malas ikut program ye? Mari makcik boh penampar sekali, tentu jadi rajin!

Dulu kami Mat Rempit, sekarang sudah jadi Mat Usrah dan Mat Surau

Berjalan pulang, mengangkut ukhuwah dan ibadah

Eh, nak goreng telur pun tergigil-gigil ke?
Saya nak selamatkan kerengga ni hah. Kesiannn kat hamba Allah tu, nanti hangus.


Meh aku nak tunjuk cara menyusun kuih ala Baghdad

Pada hari Ahad 2 Mac bersamaan 24 Safar telah diadakan rehlah yang disertai oleh 'para pekerja' dari daerah Trong, Taiping dan Batu Kurau. Aktiviti berlangsung di kaki Bukit Jana. Terdapat sebatang anak sungai yang dinanungi rimbunan pohonan dan diuliti udara dingin. Kerja keras Ustaz Abu Hanis telah menghasilkan rehlah kali ini. Tazkirah disampaikan oleh Alexanderwathern. Selain Ustaz Abu Hanis dan Alexanderwathern, tonggak yang turut serta ialah Encik Khairi, Ustazah Ummu Aini dan Ummu Musfirah.

(*Kamera bermasalah, jadi tarikh yang tertera pada gambar tidak sama dengan tarikh aktiviti)