Wednesday, April 23, 2008

Drama Syeikh Abdul Qadir Jilani

Sebahagian para pelakon, bergaya ala Timur Tengah. Kelima-lima serban adalah kepunyaan Akh Alexanderwathern.

Ketua perompak sewaktu sesi solekan

Baru-bari ini Akh Alex sempat mengarahkan dan mementaskan sebuah drama pendek yang berkisar tentang pengalaman Syeikh Abdul Qadir Jilani sewaktu kecilnya.

Kisah Syeikh Abdul Qadir memang masyhur. Dalam perjalanannya menuntut ilmu, rombongannya telah disamun oleh sekumpulan perompak. Ketika ditanya, Syeikh yang masih anak-anak mengakui mempunyai wang emas pemberian ibunya. Para perompak berasa hairan kerana budak kecil itu tidak cuba menyembunyikan hartanya.

Syeikh menceritakan pesan ibunya supaya jangan berbohong sama sekali. Sebab itulah Syeikh tidak berasa gentar untukmenjawab soalan perompak.

Situasi ini membuatkan para perompak menjadi malu. Akhirnya mereka bertaubat pada waktu itu juga dan menjadi orang baik-baik.

No comments: