Saturday, April 19, 2008

Rehlah di Bukit Jana

Gorengan disertai zikir dan doa memang sedap!

Ni dia pakar panggang-memanggang, salai-menyalai dan goreng kunyit.
"Kalau bawak kipas angin dari rumah kan senang..?"

Mmm...sedapnyeee! Nak seketul boleh?

Aduss...terbakar bulu romaku!

Allahu Akbar, gigi palsu akak jatuh dalam air le. Tolong ambilkan dik!

Nasi seperiuk ni untuk aku sorang saja tau!

Makcik ni dah lebih separuh abad, tapi begitu aktif dengan usrah. Apa rahsia makcik?
Ooo...awak malas ikut program ye? Mari makcik boh penampar sekali, tentu jadi rajin!

Dulu kami Mat Rempit, sekarang sudah jadi Mat Usrah dan Mat Surau

Berjalan pulang, mengangkut ukhuwah dan ibadah

Eh, nak goreng telur pun tergigil-gigil ke?
Saya nak selamatkan kerengga ni hah. Kesiannn kat hamba Allah tu, nanti hangus.


Meh aku nak tunjuk cara menyusun kuih ala Baghdad

Pada hari Ahad 2 Mac bersamaan 24 Safar telah diadakan rehlah yang disertai oleh 'para pekerja' dari daerah Trong, Taiping dan Batu Kurau. Aktiviti berlangsung di kaki Bukit Jana. Terdapat sebatang anak sungai yang dinanungi rimbunan pohonan dan diuliti udara dingin. Kerja keras Ustaz Abu Hanis telah menghasilkan rehlah kali ini. Tazkirah disampaikan oleh Alexanderwathern. Selain Ustaz Abu Hanis dan Alexanderwathern, tonggak yang turut serta ialah Encik Khairi, Ustazah Ummu Aini dan Ummu Musfirah.

(*Kamera bermasalah, jadi tarikh yang tertera pada gambar tidak sama dengan tarikh aktiviti)

No comments: