Tuesday, May 20, 2008

Perbincangan Kem Remaja

Pada 15 MEI 2008, satu perbincangan tentang Kem Remaja Wawasan diadakan di rumah Ustaz Abu Hanis. Turut hadir ialah Ustaz Najib, Alexanderwathern, Ustazah Ummu Aini, Ustazah Teh dan Ummu Musfirah.

Kem bakal diadakan pada 26, 27 & 28 Mei di Manong, Kuala Kangsar. Mesyuarat seterusnya diadakan di Ipoh pada 19 Mei.

Sekitar Trong MEI 2008

Perkahwinan anak Penghulu Tahir

Lagi gambar perkahwinan

PPK Sg Tinggi dipecah masuk. Peti besi dirosakkan.


RM 28,000 hilang

Ziarah 'Baby' En. Khairi


Uiii, ramainya tengok caya!

Menikmati Juadah

Ini dia 'baby' dengan umminya


Ustaz Abu Hanis dan En. Alexanderwathern sekeluarga sempat menziarahi 'baby' baru. Ustaz Azimi tidak jadi datang kerana ada urusan.

Tuesday, May 6, 2008

Aktiviti Teman-teman Kita Sana-sini



Polo Air rakan-rakan kita dari Hulu Langat



Nasyid Aulad (anak-anak) sempena Aidil Fitri 2007



Kembara rakan-rakan kita di Mesir



Tautan Ukhwah di Sungai Congkak, Hulu Langat

C'mon Trong, kita pun boleh seperti mereka!

Hukum Memakai Pendakap Gigi


Ada remaja yang memakai pendakap gigi untuk mencantikkan susunannya. Apa hukumnya di sisi Islam?

SOALAN

Apakah hukum sebenar memakai pendakap gigi atau braces? Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya sudah pun memakai alat ini. Mereka semuanya mengatakan bahawa hukumnya tidak berdosa.

JAWAPAN

Hukum memakai pendakap gigi yang dikenal sebagai braces adalah harus. Kerana kebiasaannya mereka yang memakai pendakap gigi ini adalah bertujuan untuk merapatkan atau meratakan kedudukan gigi. Ini tidak termasuk dalam mengubah kejadian Allah pada seseorang.

Malahan memperelokkan gigi dengan pendakap gigi yang tidak tersusun dan kadang-kadang tidak menarik. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. itu sukakan yang indah dan cantik. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Mas’ud yang bermaksud: … Sesungguhnya Allah itu cantik sukakan yang cantik lagi indah… (Riwayat Muslim).

Jika kita teliti kehidupan Baginda seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Tirmidzi dalam karya beliau yang berjudul, Kesempurnaan Nabi Muhammad s.a.w., Baginda begitu teliti di dalam menjaga keterampilan dengan kekemasan pakaian, rambut serta wangi-wangian. Lebih-lebih lagi, Baginda adalah Rasulullah yang membawa risalah Allah s.w.t. kepada manusia sejagat.

Sudah semestinya perlu menjaga keterampilan. Maka kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. wajar mencontohi Baginda di dalam menjaga keterampilan yang kemas, ini termasuklah memperelokkan gigi.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt
=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Perginya Akh Kamarul

Maaana la kapai teqebang ni? Tak mai mai pun!
Oii, hang ingat tunggu kapai teqebang macam tunggu teksi ka? Cuba hang pi tunggu kat tengah padang nun.

Suasana di KLIA

Cadang-cadang nak beli satu, tapi... yang mana ye?

Salah seorang ikhwah kita sudah berlepas ke Sabah, hilang seorang lagi pejuang (harap-harap buat sementara je hilangnya). Akh Kamarul memang seorang yang aktif dalam program-program yang kita jalankan. Dia ke sana setelah mendapat pekerjaan dan ditempatkan di Keningau.

Semoga dapat terus bersama tarbiah dan istiqamah dengan wajibat-wajibat yang ditetapkan.

Risalah Dakwah IKMALIA

Haaa... kalau nak tau, ni le rupa risalah dakwah kami. Ikmalia nama dia, sedap tak? Yang ni keluaran Januari 2008.

Liqa' Akhawat April 2008 (Remaja)


Sedang menjamu selera selepas tamat program bersama Ummu Musfirah


Eh, sape punye kuuuda la...
Laju ni wooo!

Ika & Ikin ke Wacana Remaja IPT, INTIM

Dua orang rakan kita iaitu Ukt Syafika dan Ukt Shikin telah bertugas sebagai urusetia pada program 'WACANA REMAJA IPT' di INTIM, Perak pada 3 dan 4 Mei lalu. Ukti Shikin berjaya mendapat tempat di matrikulasi Gopeng sementara Ukt Syafika masih menunggu. Kedua-dua orang pejuang ini berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM yang lalu. Mereka memamng aktif dalam program-program di Trong.