Monday, December 24, 2007

Ketua Perhubungan ISMA Perak Masuk Unit Penjagaan Rapi


Taiping 20.12.07 Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak ustaz Fazlan Shahidi dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi Hospital Besar Taiping hari ini selepas cedera parah di muka dan kepala ekoran kemalangan jalanraya melibatkan seekor lembu di Kampung Ulu Sepetang beberapa kilometer dari rumah beliau di Batu Kurau.

Mengikut sumber keluarga mangsa, Fazlan bersama isteri dan lima anaknya berlanggar dengan seekor lembu yang berkeliaran diatas jalan kira-kira jam 10.30 malam dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di daerah Selama.

Kereta Honda Accord yang dipandu Fazlan tidak dapat dikawal apabila lembu dikatakan muncul di satu selekoh dalam jarak yang terlalu dekat.

Kepala lembu dikatakan menghempap bahagian depan cermin kereta mengenai tepat pada muka Fazlan menyebabkan tulang hidung dan dua tulang rahang beliau patah dan pendarahan pada bahagian otak.

"Kami dapati ada tanduk lembu yang tercabut dalam kereta beliau", jelas ustaz Zul adik ipar Ust Fazlan.

Mengikut sumber Hospital Taiping beliau sedang menerima rawatan penstabilan untuk mengurangkan bengkak pada otak sebelum menjalani pembedahan seterusnya.

Isteri dan anak-anak beliau walaubagaimana pun hanya cedera ringan. Abidah anak sulong mangsa yang satu-satunya sedar masa kejadian berlaku masih berada dalam keadaan trauma.

sumber

No comments: