Wednesday, August 27, 2008

Jenaka dari Ikmalia 12

UJIAN AKHIR CIA

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Dalam ujian terakhir ini tugas mereka dikehendaki menembak isteri masing-masing untuk menguji ketabahan hati mereka dalam menjalankan tugas. Sebenarnya senjata mereka telah diisi dengan peluru kapur, bukan peluru hidup.

Pegawai CIA memberi senapang kepada Richard dan kemudian masuk ke bilik sebelah tempat isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak sampai hati dia membunuhnya.

Dean memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Anderson dan kemudian masuk bilik yang ditempatkan isterinya...
Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan
berpeluh...

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi..
dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.." :O

NAMA PADA PISAU LIPAT

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar
sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang
juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat
dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah
perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian
pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya
sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana
namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui
kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu
tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL, cepat keluar...!!!" : P

TOLONGLAH MAKCIK

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke
rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh sendat.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun
dan berkata... "Silakan duduk makcik... "

"Oh, tidak perlu.. anak duduk la!" Kata wanita tua itu
sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula sambil matanya melingas ke kiri kanan... Tapi beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...

"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik
duduk sajalah!" Kata wanita tua itu sambil menolak
bahu pemuda supaya kembali duduk... ..

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri
dan berkata lagi...

"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih
bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..

"Anak tak payah risaukan makcik.. Anak duduk ajalah.
lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab
wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya
kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan
berkata...

"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi
tak boleh!? Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!" : )

No comments: