UKM, Bangi - Pada 30/5-1/6 yang lalu, telah berlangsung Bengkel Strategi Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Wanita anjuran Wanita ISMA. Bertempat di Kolej Za’ab,a UKM. Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada 150 orang peserta daripada cawangan-cawangan ISMA di seluruh negara.
Bengkel ini diadakan adalah dengan tujuan melatih ahli-ahli Wanita ISMA dalam kemahiran menguruskan organisasi supaya lebih efektif dan produktif; seterusnya membentuk Wanita ISMA sebagai satu wadah yang bertapak kukuh di dalam masyarakat. Ahli-ahli Wanita ISMA dihidangkan dengan pembentangan-pembentangan seperti Kaedah Perubahan Masyarakat dan Kepimpinanan Berdasarkan Situasi yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berkaliber. Untuk lebih memantapkan pemahaman terhadap pengisian-pengisian tersebut, peserta-peserta diminta untuk membincangkan kaedah praktikal dalam merealisasikan teori yang dipelajari.
No comments:
Post a Comment