TAZKIRAH DR. ABU MUJTAHID
Program begini,.. bukan semua orang boleh (mampu) hadir. Bukan semua orang ada kekuatan untuk hadir majlis ilmu, lebih-lebih lagi pada hari cuti. Tengok kawan-kawan kita, kalau yang lelaki mungkin pergi memancing.
Tapi di samping kita sibuk dengan urusan kehidupan di dunia, jangan lupa tentang hidup kita di akhirat. Kata Al Quran, dunai ini tempat bercucuk-tanam. Bercucuk-tanam yang bagimanakah dimaksudkan?
Kalau kita ada tanah, kita tanam pokok, esok ke dapat hasilnya? Tentu lambat
Inilah permulaan kita bina diri kita. Siram dan baja diri kita sendiri agar dapat hasil yang bagus di akhirat. Untuk itu yang pertama kita kena istiqamah hadir program. Kedua, tambah perkara-perkara sunat. Saya yakin anda… yang wajib dan selesai… solat fardhunya, puasanya…
Antara amalan sunat yang senang ialah solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah, puasa sunat Isni da Khamis bagi yang mampu, banyakkan baca Al Quran… Kalau ikut trend masyarakat kita biasanya orang suka baca Quran lepas Maghrib. Tak kisahlah, kamu bacalah lepas solat fardhu, sekurang-kurangnya satu helai sehari. Khatamkan sekali dalam setahun, kemudian pertingkatkan lagi jadi dua kali setahun. Jaga hubungan dengan jiran, dengan ibu bapa… jangan menderhakai ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita
Kalau kita istiqamah dengan program, di akhirat akan dapat hasilnya. Pengorbanan kita di dunia Allah tak akan sia-siakan.
Masyarakat kita semakin teruk. Yang tak mahu agama lebioh banyak daripada yang mahu. Ayat al Quran… ( Dr membacakan ayatnya, yang intipati maksudnya…) kita ini adalah sebaik-baik umat dan yang sebiak-baik umat itu ialah mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi cara kita menegur biarlah berhikmah. Dalam pada itu batas hubungan lelaki perempuan kena jaga, dalan lingkungan yang ditetapkan syariat.
Anda sebenarnya orang-orang yang bertuah kerana dapat turut sama dengan program begini. Berdoalah agar Allah tetapkan hati ke jalan yang betul. Jalan-jalan dakwah ini panjang dan berliku. Tak ramai yang boleh komitmen dengan program amcam ini. Malah ada yang sudah bertahun-tahun ikut tapi kemudian stop- gugur di tengah jalan. Mungkin dia tidak doa.
No comments:
Post a Comment