Tuesday, May 20, 2008
Perbincangan Kem Remaja
Kem bakal diadakan pada 26, 27 & 28 Mei di Manong, Kuala Kangsar. Mesyuarat seterusnya diadakan di Ipoh pada 19 Mei.
Sekitar Trong MEI 2008
Ziarah 'Baby' En. Khairi
Tuesday, May 6, 2008
Aktiviti Teman-teman Kita Sana-sini
Polo Air rakan-rakan kita dari Hulu Langat
Nasyid Aulad (anak-anak) sempena Aidil Fitri 2007
Kembara rakan-rakan kita di Mesir
Tautan Ukhwah di Sungai Congkak, Hulu Langat
C'mon Trong, kita pun boleh seperti mereka!
Hukum Memakai Pendakap Gigi
Ada remaja yang memakai pendakap gigi untuk mencantikkan susunannya. Apa hukumnya di sisi Islam?
SOALAN
Apakah hukum sebenar memakai pendakap gigi atau braces? Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya sudah pun memakai alat ini. Mereka semuanya mengatakan bahawa hukumnya tidak berdosa.
JAWAPAN
Hukum memakai pendakap gigi yang dikenal sebagai braces adalah harus. Kerana kebiasaannya mereka yang memakai pendakap gigi ini adalah bertujuan untuk merapatkan atau meratakan kedudukan gigi. Ini tidak termasuk dalam mengubah kejadian Allah pada seseorang.
Malahan memperelokkan gigi dengan pendakap gigi yang tidak tersusun dan kadang-kadang tidak menarik. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. itu sukakan yang indah dan cantik. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Mas’ud yang bermaksud: … Sesungguhnya Allah itu cantik sukakan yang cantik lagi indah… (Riwayat Muslim).
Jika kita teliti kehidupan Baginda seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Tirmidzi dalam karya beliau yang berjudul, Kesempurnaan Nabi Muhammad s.a.w., Baginda begitu teliti di dalam menjaga keterampilan dengan kekemasan pakaian, rambut serta wangi-wangian. Lebih-lebih lagi, Baginda adalah Rasulullah yang membawa risalah Allah s.w.t. kepada manusia sejagat.
Sudah semestinya perlu menjaga keterampilan. Maka kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. wajar mencontohi Baginda di dalam menjaga keterampilan yang kemas, ini termasuklah memperelokkan gigi.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
Perginya Akh Kamarul
Oii, hang ingat tunggu kapai teqebang macam tunggu teksi ka? Cuba hang pi tunggu kat tengah padang nun.
Suasana di KLIA
Cadang-cadang nak beli satu, tapi... yang mana ye?
Salah seorang ikhwah kita sudah berlepas ke Sabah, hilang seorang lagi pejuang (harap-harap buat sementara je hilangnya). Akh Kamarul memang seorang yang aktif dalam program-program yang kita jalankan. Dia ke sana setelah mendapat pekerjaan dan ditempatkan di Keningau.
Semoga dapat terus bersama tarbiah dan istiqamah dengan wajibat-wajibat yang ditetapkan.