Showing posts with label INFO TERKINI. Show all posts
Showing posts with label INFO TERKINI. Show all posts

Tuesday, October 7, 2008

Wednesday, August 27, 2008

Bengkel Strategi Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Wanita

UKM,‭ ‬Bangi‭ - ‬Pada‭ ‬30/5-1/6‭ ‬yang lalu,‭ ‬telah berlangsung Bengkel Strategi Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Wanita anjuran Wanita ISMA.‭ ‬Bertempat di Kolej Za’ab,a UKM.‭ ‬Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada‭ ‬150‭ ‬orang peserta daripada cawangan-cawangan ISMA di seluruh negara.‭

Bengkel ini diadakan adalah dengan tujuan melatih ahli-ahli Wanita ISMA dalam kemahiran menguruskan organisasi supaya lebih efektif dan produktif‭; ‬seterusnya membentuk Wanita ISMA sebagai satu wadah yang bertapak kukuh di dalam masyarakat.‭ ‬Ahli-ahli Wanita ISMA dihidangkan dengan pembentangan-pembentangan seperti Kaedah Perubahan Masyarakat dan Kepimpinanan Berdasarkan Situasi yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berkaliber.‭ ‬Untuk lebih memantapkan pemahaman terhadap pengisian-pengisian tersebut,‭ ‬peserta-peserta diminta untuk membincangkan kaedah praktikal dalam merealisasikan teori yang dipelajari.

sumber

Tuesday, May 20, 2008

Perbincangan Kem Remaja

Pada 15 MEI 2008, satu perbincangan tentang Kem Remaja Wawasan diadakan di rumah Ustaz Abu Hanis. Turut hadir ialah Ustaz Najib, Alexanderwathern, Ustazah Ummu Aini, Ustazah Teh dan Ummu Musfirah.

Kem bakal diadakan pada 26, 27 & 28 Mei di Manong, Kuala Kangsar. Mesyuarat seterusnya diadakan di Ipoh pada 19 Mei.

Tuesday, May 6, 2008

Perginya Akh Kamarul

Maaana la kapai teqebang ni? Tak mai mai pun!
Oii, hang ingat tunggu kapai teqebang macam tunggu teksi ka? Cuba hang pi tunggu kat tengah padang nun.

Suasana di KLIA

Cadang-cadang nak beli satu, tapi... yang mana ye?

Salah seorang ikhwah kita sudah berlepas ke Sabah, hilang seorang lagi pejuang (harap-harap buat sementara je hilangnya). Akh Kamarul memang seorang yang aktif dalam program-program yang kita jalankan. Dia ke sana setelah mendapat pekerjaan dan ditempatkan di Keningau.

Semoga dapat terus bersama tarbiah dan istiqamah dengan wajibat-wajibat yang ditetapkan.

Saturday, April 19, 2008

Akh Norhisyam 'Mengikat Tanda'

'Calon' pilihan Akh Norhisyam

Pihak lelaki menghadiahkan...

Pihak perempuan membalas...

Wednesday, January 2, 2008

Al-Fatihah Buat Ibu En. Mazelan Ahmad

SELASA 1 JAN 2008- Ibu kepada Encik Mazelan (salah seorang rakan En. Alexanderwathern) meninggal dunia setelah tenat mulai Jumaat lepas. Takziah buat En. Mazelan dan keluarga.

Al-Fatihah...

Wednesday, December 26, 2007

Kenduri di Rumah Hakim

Akh hakim dulunya pernah mengikuti program tarbiah remaja Trong tetapi tidak sempat lama. Kini Akh Hakim seorang tentera laut dan bakal belayar ke Lubnan tidak lama lagi. Kenduri ini diadakan sempena pemergiannya ke sana.

Monday, December 24, 2007

Menziarahi Ustaz Fadzlan

SABTU 22 Disember. Kami ke Hospital Taiping untuk menziarahi Ustaz Fadzlan di wad ICU. Begitu ramai para penziarah Ustaz Fadzlan dari kalangan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), kenalan dan kaum keluarga hingga menimbulkan kesesakan. Doktor terpaksa menghadkan masa selama 2 minit sahaja kepada setiap penziarah Ustaz Fadzlan. Memang luar biasa kehadiran pada petang itu.

-Ummu Musfirah

Ketua Perhubungan ISMA Perak Masuk Unit Penjagaan Rapi


Taiping 20.12.07 Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak ustaz Fazlan Shahidi dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi Hospital Besar Taiping hari ini selepas cedera parah di muka dan kepala ekoran kemalangan jalanraya melibatkan seekor lembu di Kampung Ulu Sepetang beberapa kilometer dari rumah beliau di Batu Kurau.

Mengikut sumber keluarga mangsa, Fazlan bersama isteri dan lima anaknya berlanggar dengan seekor lembu yang berkeliaran diatas jalan kira-kira jam 10.30 malam dalam perjalanan pulang dari menziarahi keluarganya di daerah Selama.

Kereta Honda Accord yang dipandu Fazlan tidak dapat dikawal apabila lembu dikatakan muncul di satu selekoh dalam jarak yang terlalu dekat.

Kepala lembu dikatakan menghempap bahagian depan cermin kereta mengenai tepat pada muka Fazlan menyebabkan tulang hidung dan dua tulang rahang beliau patah dan pendarahan pada bahagian otak.

"Kami dapati ada tanduk lembu yang tercabut dalam kereta beliau", jelas ustaz Zul adik ipar Ust Fazlan.

Mengikut sumber Hospital Taiping beliau sedang menerima rawatan penstabilan untuk mengurangkan bengkak pada otak sebelum menjalani pembedahan seterusnya.

Isteri dan anak-anak beliau walaubagaimana pun hanya cedera ringan. Abidah anak sulong mangsa yang satu-satunya sedar masa kejadian berlaku masih berada dalam keadaan trauma.

sumber

Saturday, December 22, 2007

Ustaz Fadhlan Kemalangan

Ustaz Fadhlan (berbaju batik merah) ketika berhari raya kerumah Alexanderwathern.

Kami mendapat berita yang Ustaz Fadhlan mengalami kemalangan jalan raya di Selama, Perak. Ustaz dimasukkan ke wad ICU Hospital Taiping. Mari kita semua doakan kesembuhan Ustaz.

Sunday, December 16, 2007

Saudara Zulhisyam Kahwin


Hari ini 16 Dis 2007, saudara Zulhisham yang lebih dikenali dikalangan remaja sebagai 'Abang Sham' melangsungkan perkahwinannya dengan Norlily Mohamad. Abang Sham dikenali ramai kerana aktif dengan bola sepak dan salah seorang staf SMK Tat Beng, Trong.

*Tarikh pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Cikgu Sayuti Pindah

Petang 15 Disember 2007, Cikgu Sayuti sekeluarga bersama sebuah lori datang dari Kelantan. Pada malam itu juga mereka berkemas dan pulang ke sana. Turut membantu ialah Penghulu Tahir dan isteri, Cikgu Soffian dan isteri serta Cikgu Fauzi.

Sebenarnya sudah 7 tahun Cikgu Sayuti berkhidmat di Trong. Dia dikenali ramai kerana rajin bermian sepak takraw di sekitar kawasan Trong.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah tidak kira di mana saja kita berada.




*Tarikh yang tertera pada gambar bukanlah tarikh sebenar.

Saturday, December 8, 2007

Ustaz Firdaus Tahir Kembali ke Rahmatullah

Kita kehilangan seorang daie muda yang gigih- Ustaz Firdaus Tahir. Beliau terkena kanser sejak beberapa lama. Tengah hari tadi Ustaz Abu Hanis, Ustaz Alex dan Ustaz Dr. Abu Mujtahid menziarahi jenazah beliau di Kampung Manjoi, Ipoh. Ustaz Sharuzzaman, Ustaz Kasyfi dan daie-daie lain turut berziarah.

Allahyarham Ustaz Firdaus dulunya pernah menimba ilmu di India dan Mesir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Monday, December 3, 2007

Kenduri Rumah Cik (Puan) Badariah

Alhamdulillah. Pada hari ini satu lagi 'masjid' berjaya didirikan apabila salah seorang guru SMK Tat Beng mlangsungkan perkahwinannya di Kampung Kelubung, Trong. Banyak rakan remaja menghadiri majlis tersebut termasuklah beberapa orang ahli kumpulan kompang. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan pertambahan iman kepada kita semua khususnya kepada pasangan pengantin.

Thursday, November 15, 2007

Al Fatihah Buat Cikgu Aziz

Sebentar tadi, lebih kurang jam 9.45 malam, jenazah Encik Aziz binti Som telah selamat dikebumikan. Ramai orang yang datang. Solat jenazah diimamkan oleh Ustaz Nor Azli Musa. Ustaz Nor Azli juga membacakan talkin dan doa sementara tahlil dikepalai oleh Haji Shahrani. Pengkebumian dilakukan di tanah perkuburan Sungai Jarum Mas, tidak jauh dari rumah allahyarham.

Jenazah tiba dengan van jenazah selepas solat Isya'. Tutur berada dalam van ialah anaknya Encik Fadhil dan isterinya Cikgu Faridah. Antara teman-teman sejawat yang hadir ialah Encik Zaini Rejab Ali, Tuan Haji Abdul Satar, En. Mohamad, En. Yusuf, Ustaz Yazid, Ustaz Tuan Azman, En. Soffian, En. Sharifuddin, Encik Salleh, Puan Hajah Rajihah, En. Sayuti, Ustaz Shukri, En. Razali, Ustaz Rozali dan ramai lagi.

Ya Allah, tempatkanlah beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh...

CIKGU AZIZ MENINGGAL DUNIA

Tengah hari 15 NOVEMBER 2007 bersamaan 5 Zulqaidah 1428, Encil Abdul Aziz Tan yang kita sayangi telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kita hadiahkan apa jua manfaat bacaan Ummul Kitab kepada beliau...
Al-Fatihah...

Tuesday, November 13, 2007

CIKGU AZIZ TENAT!

Penduduk kawasan Trong menerima berita yang Encik Abdul Aziz dalam keadaan tenat di Hospital Selayang. Kita semua diminta membaca surah Yaasin. Kelihatan beberapa kumpulan membaca surah Yaasin di surau dan masjid, begitu juga dengan individu-individu yang mengenalinya. Semua rakan Ikmalia telah kita cuba hubungi.

Allh tempat kita mengadu...

Sunday, November 11, 2007

GIKGU AZIZ MASUK I.C.U

Encik Abdul Aziz, seorang guru di SMK Tat Beng telah dimasukkan ke wad untuk kali keduanya dalam masa sebulan. Kali pertama di Ipoh dan kali kedua di Selayang. Beliau yang juga imam di surau Kampung Sungai Nyior dikatakan menghidap penyakit Hepatitis B. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk beliau.

Thursday, November 1, 2007

TAKZIAH KEPADA USTAZ YAZID & KELUARGA

Kawan kami Izat sudah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin 29 Oktober lalu. Ya Allah, berikanlah kebahagian kepadanya. Amin...

Sunday, October 28, 2007

Cikgu Rizal Berpindah

Mungkin ramai yang masih belum tahu terutamanya para pelajar SMK Wan Ahmad Rasdy yang Cikgu Rizal sudah berpindah dari Kuala Trong ke Changkat Jering. Cikgu Rizal yang juga dikenali sebagai Mat Jek berkata bangunan rumah asalnya di Kuala Trong akan dijual.